๐Ÿ“ฅ E-Book Emas Percuma Download Sekarang โ†’ | Panduan simpanan emas untuk pemula
Home Step Bermula Blog Apa itu GAP? Kenapa Emas? Matlamat Simpanan Testimoni Harga Emas Jual Emas Tutorial Daftar Percuma โ†’

Testimoni Penyimpan Emas

Kejayaan meninggalkan jejak. Bila kita tahu apa mereka tahu dan buat apa mereka buat. InsyaAllah kita akan dapat apa mereka dapat.

Kisah Penyimpan Emas

Pengalaman sebenar mereka yang dah mulakan perjalanan menyimpan emas bersama Public Gold.

3 Golongan Yang Paling Sesuai Simpan Emas

Secara jujurnya, tak semua orang wajib simpan emas. Ada masanya, simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji itu sudah memadai. Namun, ada 3 golongan khusus yang akan dapat manfaat paling besar. Cuba semak diri anda.

1
Golongan Yang "Bocor" Wang
Simptom

Gaji naik, tapi akaun bank tetap "ciput". Pantang nampak nombor banyak, mesti ada idea nak belanja.

๐Ÿ’Š Ubat Paling Mujarab: Tukar duit jadi emas. Nafsu belanja automatik jadi tumpul sebab kita rasa "sayang" nak jual emas untuk beli barang kehendak. Ia memaksa disiplin tanpa sedar.
2
Golongan Penyimpan Tegar (Bank/ASB)
Masalah Tersembunyi

Nombor nampak bertambah, tapi kuasa beli "dicuri" inflasi & kejatuhan Ringgit.

โœ… Solusi: Asingkan duit kecemasan (3 bulan gaji) di bank. Selebihnya (duit peram 2 tahun+), tukar kepada emas. Ia menjadi pelindung nilai kekayaan anda.
3
Golongan Kaya Raya (Tapi Tiada Emas)
Saranan Pakar

"Bayangkan Titanic. Kapal mewah tapi tak cukup bot penyelamat. Bila karam, kemewahan tak dapat selamatkan penumpang."

Harta tunai berisiko "tenggelam" atau dibekukan jika berlaku krisis ekonomi/perundangan.

๐Ÿ… Simpan min 10% kekayaan atau 1kg emas sebagai "Insurans Kekayaan" keluarga.

"Berasa Berduit" Itu Berbahaya

Kita semua setuju bahawa mempunyai wang atau aset itu sangat penting untuk jaminan keselamatan keluarga. Namun, ada satu perkara yang ramai terlepas pandang:

"Mempunyai duit" itu satu keperluan, tetapi "berasa berduit" itu sebenarnya sangat berbahaya.

๐Ÿฆ

1. Perangkap Psikologi "Akaun Bank Penuh"

Pernah tak anda rasa semangat luar biasa nak membeli-belah sebaik saja nampak baki akaun bank yang banyak? Apabila mata melihat angka besar di skrin telefon, otak secara automatik mencari alasan untuk membelanjakannya. Kita rasa "mampu" untuk beli barang yang tidak perlu, dan simpanan habis dalam sekelip mata.

๐Ÿง 

2. Kelebihan "Rasa Tak Berduit"

Orang yang berjaya menyimpan biasanya mengekalkan minda "rasa tak berduit." Mereka sengaja "menyorokkan" kekayaan daripada mata sendiri.

"Bila baki akaun nampak cukup-cukup saja, otak berada dalam mod berjaga-jaga. Kita jadi lebih kreatif untuk berjimat dan berhati-hati sebelum mengeluarkan setiap ringgit."
๐Ÿฅ‡

3. Emas Sebagai "Penyelamat" Mental

Harta Yang Tak Nampak

Sebab emas tak ada dalam baki akaun bank yang dilihat setiap hari, kita tak rasa gatal tangan nak membelanjakannya.


Benteng Nafsu

Perasaan "sayang" nak jual emas untuk barang kehendak adalah ubat paling mujarab melawan nafsu belanja.

Anda Termasuk Golongan Mana?

Tak kira golongan yang mana satu, langkah pertama tetap sama, buka akaun GAP dan mulakan dari RM100.