Artikel Apa itu GAP? Kenapa Emas? Tutorial Daftar Percuma →
✦ Ilmu Sebelum Beli

Simpan, Lupa,
Dan Tenang.

Ubah naluri "habiskan duit" kepada "kumpul harta" — bukan dengan paksaan, tapi dengan kefahaman.

📖 Perkongsian daripada guru saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie — Penulis Bestseller Wang Emas & Misi Bebas Hutang

Bila Faham Sifat Emas,
Semuanya Jadi Terbalik.

Dulu, pantang ada duit lebih di tangan, otak mesti ligat berfikir nak beli apa. Tapi bila dah faham sifat sebenar emas, keadaan jadi terbalik.

Kita akan asyik fikir macam mana nak tambah gram emas dalam simpanan. Rasa nak tambah lagi dan lagi. Bukan kerana tamak — tapi kerana kita faham bahawa setiap gram emas yang terkumpul adalah nilai yang terpelihara, bukan wang kertas yang boleh lesap begitu sahaja. InsyaAllah.

💡 Satu Perkara Kena Ingat

"Membeli emas bukan bermaksud kita menghabiskan duit. Sebenarnya, kita cuma menukarkan duit itu kepada bentuk yang lebih kukuh dan selamat. Wang kertas boleh lesap dalam sekelip mata — emas kekal nilainya."

🥇 Aset Kukuh

Naluri Emas

  • Rasa sayang nak jual walaupun ada tekanan.
  • Rasa nak kumpul banyak-banyak secara konsisten.
  • Tak terlintas nak guna untuk boros.
  • Nilai terpelihara walaupun harga barang naik.
💸 Mudah Bocor

Naluri Duit Kertas

  • Dicipta untuk memudahkan transaksi — mudah keluar.
  • Naluri semula jadi manusia nak membelanjakannya.
  • "Simpan sikit, lama-lama habis dikorek."
  • Nilai susut setiap tahun akibat inflasi.
🧠

Jangan Tewas Dengan Emosi

Bab kewangan ini, selalunya kita tewas dengan emosi. Kita beli barang ikut nafsu, lepas tu baru cari alasan logik untuk sedapkan hati. Tabiat buruk ini lama-kelamaan akan memakan diri — gaji naik, tapi simpanan tak ke mana. Penyelesaiannya bukan kawalan diri semata-mata, tapi tukar bentuk aset supaya naluri belanja tidak lagi mencabar simpanan kita.

"Menyesal Beli" Lebih Baik Daripada "Menyesal Tak Beli"

Selepas beberapa tahun, orang tak akan menyesal sebab terbeli emas. Tapi ramai yang menyesal sebab tak beli lebih banyak masa harga masih rendah.

"Saban tahun kita sentiasa dengar harga emas tertinggi dalam sejarah. Tapi tak pernah dengar harga terendah dalam sejarah. Nak menabung emas, tak perlu tunggu harga rendah baru beli. Sebab harga tinggi hari ini akan dianggap murah beberapa tahun akan datang."

— FB Mohd Zulkifli Shafie 17 Jul 2024

💛 "Jadi yang tersenyum, bukan yang menyesal"

Nasihat guru emas saya: Jangan buang masa monitor harga emas.

Lepas 10 tahun menabung, pandangan kita akan berubah. Ia bukan lagi tentang harga, tapi sejauh mana kita konsisten tambah kepingan emas dalam simpanan.

Sampai satu masa, kita tersenyum tengok jumlah emas yang berkeping-keping. Harga yang dulu kita anggap mahal, sekarang rasa murah sebab harga semasa jauh lebih tinggi.

⚠️ "Yang sibuk monitor harga, masih menyesal tak sudah. Nampak bijak, tapi emas masih sekeping dua. Menyesal dulu tak beli banyak-banyak..."
2022
RM27,700
2023
RM33,300
2024
RM41,400
2025
RM61,600
+122%
kenaikan dalam 3 tahun
untuk 100 gram emas

Penyimpan emas yang konsisten menabung — merekalah yang lebih kaya, bukan yang bijak teka harga.

Sejarah 20 tahun: harga emas naik purata 10% setahun — dan lebih 600% untuk tempoh 20 tahun.

Fokus mereka ialah tambah kepingan emas dari semasa ke semasa, bukan bermain "buy low sell high".

Strategi Simpanan Emas

Ubah tabiat kewangan anda dari 'Simpan & Korek' kepada aset kekal.

✗ Masalah

Kenapa Simpan Emas Bukan Simpan Duit?

Simpan, korek, simpan, korek! Akhir sekali jumlah simpanan tak ke mana! Itulah masalah bila simpan duit.

Bila nampak nombor dalam akaun bank, mesti otak kita ligat berfikir nak berbelanja. Memang itulah naluri manusia — duit memang untuk dibelanjakan.

✓ Penyelesaian

Macam Mana Untung Simpan Emas?

Bila simpan emas, otak kita tak akan fikir untuk berbelanja. Kita tak akan menjualnya, melainkan untuk tujuan yang benar-benar mendesak atau menguntungkan!

Itulah sebab kenapa ramai orang berjaya menyimpan. Bila nampak 'gram' (emas), kita sayang nak jual.

🔒 Teknik: Simpanan Paksa Dan Lupa

"Kalau makin lama kita bekerja namun hutang makin bertambah, itu maksudnya kita sedang bergerak ke arah kemiskinan."

Nak pastikan kita bertambah kaya? Pastikan setiap bulan & tahun, tabungan dan harta makin bertambah manakala hutang makin berkurang. Jangan tunggu jatuh terduduk baru nak bertindak.

👉 Daftar Akaun Emas GAP Di Sini

Gold Accumulation Program (GAP)

GAP adalah salah satu kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sedikit demi sedikit melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM100 secara atas talian.

Konsep GAP sama seperti akaun bank online — bezanya, akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit manakala GAP memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas.

Dengan kata lain apabila anda membeli emas, duit akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.

🥇

Apa itu GAP (Gold Accumulation Program)?

GAP adalah kaedah kumpul emas sedikit demi sedikit (serendah RM100) secara online. Konsepnya sama macam akaun bank, tapi bakinya dalam bentuk gram emas.

Duit ditukar kepada gram emas ikut harga semasa.
Patuh Syariah — Disahkan Amanie Advisors (29 Sept 2017).
Simpanan percuma tanpa caj bulanan.
Tiada komitmen wajib — beli bila anda mahu.
Boleh diwarisi — aset tidak luput sekiranya berlaku kematian.
Pilihan Fizikal: Anda boleh keluarkan emas fizikal (Goldbar/Dinar) serendah 1g, 5g, hingga 10 Dinar bila-bila masa. Atau biarkan sahaja dalam akaun.

Mulakan Simpanan Emas Anda Hari Ini.

Duit kita tak hangus, malah ia selamat daripada dibelanjakan untuk benda yang bukan-bukan. Mulakan dengan RM100 sahaja — percuma daftar, tiada komitmen bulanan.