Kisah Penyimpan Emas
Pengalaman sebenar mereka yang dah mulakan perjalanan menyimpan emas bersama Public Gold.
3 Golongan Yang Paling Sesuai Simpan Emas
Secara jujurnya, tak semua orang wajib simpan emas. Ada masanya, simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji itu sudah memadai. Namun, ada 3 golongan khusus yang akan dapat manfaat paling besar. Cuba semak diri anda.
Gaji naik, tapi akaun bank tetap "ciput". Pantang nampak nombor banyak, mesti ada idea nak belanja.
Nombor nampak bertambah, tapi kuasa beli "dicuri" inflasi & kejatuhan Ringgit.
"Bayangkan Titanic. Kapal mewah tapi tak cukup bot penyelamat. Bila karam, kemewahan tak dapat selamatkan penumpang."
Harta tunai berisiko "tenggelam" atau dibekukan jika berlaku krisis ekonomi/perundangan.
"Berasa Berduit" Itu Berbahaya
Kita semua setuju bahawa mempunyai wang atau aset itu sangat penting untuk jaminan keselamatan keluarga. Namun, ada satu perkara yang ramai terlepas pandang:
"Mempunyai duit" itu satu keperluan, tetapi "berasa berduit" itu sebenarnya sangat berbahaya.
1. Perangkap Psikologi "Akaun Bank Penuh"
Pernah tak anda rasa semangat luar biasa nak membeli-belah sebaik saja nampak baki akaun bank yang banyak? Apabila mata melihat angka besar di skrin telefon, otak secara automatik mencari alasan untuk membelanjakannya. Kita rasa "mampu" untuk beli barang yang tidak perlu, dan simpanan habis dalam sekelip mata.
2. Kelebihan "Rasa Tak Berduit"
Orang yang berjaya menyimpan biasanya mengekalkan minda "rasa tak berduit." Mereka sengaja "menyorokkan" kekayaan daripada mata sendiri.
3. Emas Sebagai "Penyelamat" Mental
Sebab emas tak ada dalam baki akaun bank yang dilihat setiap hari, kita tak rasa gatal tangan nak membelanjakannya.
Perasaan "sayang" nak jual emas untuk barang kehendak adalah ubat paling mujarab melawan nafsu belanja.