Keputusan kewangan kita jarang dibuat seorang diri.
Kawan, rakan sekerja, dan apa yang kita lihat di media sosial semuanya mempengaruhi cara kita berbelanja dan menyimpan.
Lima soalan terakhir dalam siri ini tentang pengaruh itu, dan cara kekal fokus.
Harga GAP berubah setiap hari. Semua kiraan gram dalam artikel ini guna harga GAP 16 September 2026, iaitu RM603 segram.
✅ Soalan #1: Kawan Perlekeh Simpanan RM100. Macam Mana Nak Hadap?
“Kawan-kawan sekeliling saya suka perlekeh bila saya kata nak mula simpan emas bajet kecil RM100. Dorang kata buat penat je. Macam mana nak hadap?”
James Clear dalam Atomic Habits menulis bahawa kita cenderung meniru tiga kelompok: orang terdekat, orang ramai, dan orang yang berpengaruh.
Kalau orang di sekeliling suka berbelanja, simpan RM100 akan nampak pelik.
Clear menulis, salah satu cara paling berkesan membina tabiat baik ialah menyertai budaya yang menganggap tabiat itu perkara biasa.
Dalam komuniti penyimpan emas G100 Network, simpanan RM100 bukan bahan ketawa. Setiap gram kecil disokong.
Cari kelompok yang membina masa depan anda, bukan kelompok yang membocorkan poket anda.
✅ Soalan #2: Kawan Tukar Kereta Baru, Kita Pun Rasa Tertekan. Kenapa?
“Kenapa bila kita tengok kawan-kawan tukar kereta baru atau bercuti luar negara, kita rasa tertekan nak buat benda yang sama walaupun bajet sempit?”
Sebab kita meniru orang terdekat, seperti yang Clear terangkan.
Clear juga menceritakan Diderot Effect. Ahli falsafah Perancis, Denis Diderot, mendapat sehelai jubah merah yang cantik. Tiba-tiba barang lain di rumahnya nampak lusuh, lalu dia mula menggantikannya satu demi satu supaya sepadan.
Satu pembelian mencetuskan pembelian lain. Tambah pula tekanan melihat gaya hidup orang lain di media sosial.
Ingat, kita cuma nampak apa yang ditayang. Kita tak nampak bagaimana ia dibayar, dan sebahagiannya mungkin dibayar dengan hutang.
Kekayaan sebenar selalunya yang tak kelihatan. Simpanan emas tak perlu ditayang, tapi ia memberi ketenangan bila keadaan sukar.
✅ Soalan #3: Pening Tengok Pelaburan Viral. Macam Mana Nak Kekal Fokus?
“Saya selalu pening tengok pelbagai skim pelaburan baru yang viral di internet, crypto, saham, emas digital tanpa fizikal. Macam mana nak kekal fokus pada emas fizikal?”
Brian Tracy dalam Eat That Frog! ada Law of Three. Katanya, tiga tugas utama biasanya menyumbang 90% daripada hasil kerja kita. Fokus pada yang tiga itu.
Dalam kewangan, peluang yang berkilau datang setiap minggu. Mengejar semuanya selalu berakhir dengan kerugian, malah kadangkala penipuan.
Emas fizikal tak menjanjikan anda jadi jutawan dalam seminggu. Tapi emas telah dihargai manusia sejak ribuan tahun.
Bina asas dulu. Kumpul benteng emas sekurang-kurangnya tiga bulan gaji, sebelum mempertimbangkan pelaburan lain yang lebih berisiko.
Dan kalau ada tawaran “pulangan tetap setiap bulan”, berhenti dan semak dulu.
✅ Soalan #4: RM100 Sebulan Boleh Selamatkan Keluarga Bila Krisis?
“Macam mana simpanan emas kecil-kecil RM100 ni boleh selamatkan keluarga saya bila berlaku krisis ekonomi besar?”
Cuba lihat kisah Titanic pada tahun 1912.
Kapal itu membawa 20 bot penyelamat dengan muatan kira-kira 1,178 orang. Malam ia tenggelam, ada 2,209 orang di atas kapal. Hanya 712 orang diselamatkan.
Bilangan bot itu memenuhi peraturan zaman itu. Masalahnya, peraturan itu dah ketinggalan untuk kapal sebesar Titanic.
Pengajarannya mudah: bot penyelamat mesti cukup sebelum belayar, bukan bila kapal dah karam.
Simpanan emas yang dikumpul RM100 demi RM100 ialah bot penyelamat keluarga. Bila berlaku krisis dan nilai wang kertas terhakis, emas cenderung mengekalkan nilainya.
Kalau nak faham kenapa emas dipilih sebagai pelindung nilai, saya huraikan di halaman khas.
✅ Soalan #5: Satu Pesanan Untuk Yang Masih Ragu-Ragu?
“Apakah satu pesanan paling penting daripada Taufik kepada penonton yang masih ragu-ragu di luar sana untuk mula malam ni juga?”
Anda boleh baca seratus buku kewangan. Anda boleh tonton live berjam-jam.
Tapi kalau tiada tindakan pertama, keadaan kewangan esok tetap sama seperti semalam.
Tracy dan Clear sama-sama menekankan tindakan. Tracy menyebutnya bias for action. Clear pula menekankan untuk bermula dengan langkah yang sangat kecil.
Masa yang sempurna jarang datang. Daftar akaun GAP secara percuma, dan mulakan RM100 pertama anda. Pada harga hari ini, itu 0.1658 gram.
Do it now.
📌 Kesimpulan
Orang sekeliling mempengaruhi kita, sama ada ke arah membina atau membocorkan.
Pilih kelompok yang menyokong, jangan terpedaya dengan apa yang ditayang, fokus pada asas, dan sediakan bot penyelamat sebelum ribut.
Kongsikan di komen. Mana tahu ia memberi semangat kepada orang lain juga! 👇