Kumpul hutang bertahun-tahun, tapi nak cari teknik ajaib yang settle semua bulan depan?
Itu tak logik.
Macam orang tak jaga kesihatan bertahun, hisap rokok, tak exercise, bila jatuh sakit, nak cari ubat yang sembuh bulan depan.
Mana logik. Ini perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang bebas hutang di usia 27 tahun. Mindset kena betul dulu, baru tindakan jadi betul.
✅ Mindset #1: Semua hutang tetap kena bayar, dengan duit dan harta sendiri
Ini hakikat pertama yang kena terima.
Tiada teknik yang boleh langsaikan hutang tanpa sentuh duit atau harta sendiri.
Hutang tu tetap kena bayar, tiada jalan pintas.
✅ Mindset #2: Masalah hutang bukan sebulan dua, ia tabiat bertahun
Hutang tak jadi bertimbun dalam sebulan dua.
Ia hasil tabiat kewangan yang dah bertahun.
Jadi nak selesaikannya pun perlu masa. Tak boleh gopoh.
✅ Mindset #3: Nak cepat langsai? Jual harta yang tak produktif
Kalau nak laju langsai, jual harta yang jadi beban.
Termasuk rumah yang sewaannya tak boleh cover ansuran bank, yang kena top-up setiap bulan.
Lupuskan apa yang menarah duit gaji kita setiap bulan.
✅ Mindset #4: Tak cukup? Kurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan
Potong semua perbelanjaan membazir.
Hidup di bawah kemampuan buat sementara waktu, sehingga hutang selesai.
Setiap ringgit yang dijimatkan, boleh dihala ke pembayaran hutang.
✅ Mindset #5: Tak cukup juga? Tambah pendapatan
Bila dah tak boleh kurangkan perbelanjaan lagi, satu sahaja jalan tinggal.
Cari duit extra. Cari kerja lebih baik, atau buat side income.
Sebab ada limit berapa banyak kita boleh jimat.
Kena sabar. Fokus buat perkara yang betul, lama-lama hutang tetap langsai. Selalunya ambil masa 3-5 tahun bagi siapa yang fokus dan konsisten.
Dan bila hutang dah habis, jangan buat hutang baru. Duit ansuran dulu tu, jangan sentuh. Hala terus kepada simpanan dan harta, sampai cukup untuk jana passive income dan capai financial freedom.
Sebab macam pesan mentor saya, "Zero Hutang" lain, "Bebas Hutang" lain. Bebas hutang maknanya hutang dibayar oleh passive income, bukan duit gaji kita.
Salah satu cara bina harta yang tak mudah bocor, tukar simpanan jangka panjang kepada emas, sehingga cukup untuk dijadikan modal langsaikan hutang besar.