14 tahun menabung emas, hampir setiap tahun mesti dengar "harga tertinggi dalam sejarah".
Tapi tak pernah sekali pun dengar istilah "harga terendah baru".
Sebab walaupun ada harga rendah setiap tahun, ia tetap lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.
Inilah teknik yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang dah 14 tahun menabung emas tanpa pernah jual.
✅ Prinsip #1: Fokus pada GRAM, bukan harga
Bila menabung emas, mentor saya tak kisah pasal harga.
Asalkan beli dengan duit untuk simpanan jangka panjang (2 tahun ke atas), bila-bila masa pun sesuai.
Yang penting, jumlah kepingan emas sentiasa bertambah dari bulan ke bulan.
✅ Prinsip #2: Emas fizikal tiada risiko "cut loss" macam saham
Inilah beza besar antara menabung emas dan main saham.
Selagi emas fizikal ada di tangan, kita langsung tiada risiko jatuh lingkup atau perlu "cut loss".
Sebab itu strateginya senang, beli, beli, beli sahaja.
✅ Prinsip #3: Tiada siapa kaya hasil monitor harga
14 tahun mendidik masyarakat menabung emas, mentor saya belum pernah terima satu pun feedback tentang penyimpan yang kaya hasil monitor harga.
Belum pernah.
Sebaliknya, yang sibuk monitor harga selalunya berakhir dengan emas tak ada, duit pun habis.
✅ Prinsip #4: Emas naik purata 10% setahun, rekod 20 tahun
Ini bukan spekulasi. Ini fakta sejarah.
Sepanjang 20 tahun, harga emas naik purata sekitar 10% setahun, lebih baik daripada ASB dan Tabung Haji.
Sebab tu orang yang ada ilmu pasal emas tak sibuk monitor harga.
✅ Prinsip #5: "Now everyone can buy gold", semudah baring pun boleh menabung
Berita baiknya, menabung emas sekarang tak sesusah zaman dulu.
Sesiapa pun boleh mula dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP, terus dari mobile apps.
Nak lebih mudah, guna GAP Auto-Debit supaya auto-menabung setiap bulan.
Jadi kalau Anda rasa susah nak capai simpanan ratusan ribu, cuba menabung emas dengan ilmu. Beberapa tahun akan datang, Anda sendiri mungkin terkejut tengok tabungan mencecah 1 kilogram pertama.
Sebab rahsianya bukan pada masa Anda mula besar-besaran, tapi pada konsistensi menambah gram, sebulan demi sebulan.