Simpan, korek, simpan, korek, akhirnya duit tu habis juga.

Ini masalah simpanan kecemasan kebanyakan orang. Bukan sebab tak menabung. Tapi sebab duit tu terlalu mudah disentuh.

Sebelum apa-apa pelaburan, setiap kita wajib ada dana kecemasan dulu, sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.

Tapi macam mana kalau dana tu sendiri asyik bocor? Ini perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

✅ Sebab #1: Duit dalam akaun bank biasa, risiko bocor paling tinggi

Dana kecemasan sepatutnya senang dikeluarkan bila perlu. Tapi kalau simpan dalam akaun bank biasa, ia jadi terlalu senang dikeluarkan. Simpan, korek, simpan, korek, habis.

Sebab tu mentor saya lebih suka simpan dalam Tabung Haji, sebab agak susah nak keluarkan.

✅ Sebab #2: Bila duit jadi emas, naluri berubah daripada "belanja" kepada "kumpul"

Inilah keajaiban emas. Bila duit dah tukar jadi emas, kita tak lagi fikir nak belanja. Sebaliknya, kita rasa nak kumpul lagi dan lagi.

Bila nak pakai duit pula, rasa sayang pulak nak jual emas tu.

✅ Sebab #3: Emas "magnet kekayaan", kita takkan jual untuk benda remeh

Emas takkan dijual setakat nak tukar langsir baru atau sport rim. Ia hanya dijual bila ada hal mustahak dan menguntungkan sahaja.

Sebab tu emas digelar magnet kekayaan, bukan sebab harga melambung, tapi sebab ia melekat kuat pada kita. Memang fitrah manusia, sayang nak keluarkan emas yang disimpan.

✅ Sebab #4: Emas tetap berfungsi sebagai tunai kecemasan

Ada emas, maksudnya ada duit. Bila perlu duit segera, boleh jual atau pajak emas tu untuk dapat tunai dalam beberapa minit.

Sebab tu mentor saya simpan 3 bulan pendapatan dalam Tabung Haji, dan 9 bulan lagi dalam bentuk emas. Emas menutup kebocoran wang, sekaligus jadi dana kecemasan.

✅ Sebab #5: Duit selamat pada "nombor", emas selamat pada "kuasa beli"

Inilah beza paling penting. Duit di bank selamat pada nombornya, tapi berisiko hilang kuasa beli akibat inflasi dan kejatuhan ringgit.

Tahun 2015, ringgit jatuh sekitar 30%. Maknanya kuasa beli jatuh 30%.

Dapat dividen 5%-8% pun sebenarnya tak berbaloi. Tapi emas? Harganya makin naik bila ringgit makin turun.

Jadi kalau dana kecemasan Anda asyik bocor, mungkin masalahnya bukan disiplin, tapi bentuk simpanan. Kekalkan 3 bulan dalam tunai untuk akses segera. Tukarkan selebihnya kepada emas.

Sebab macam pesan mentor saya, "Dah usaha menabung, tiba-tiba ada emergency sampai kena korek, itu takdir. Tapi tak menabung langsung sampai kena berhutang, itu bukan salah takdir, tapi salah tadbir."

Kongsikan di komen, simpanan kecemasan Anda jenis yang bertahan, atau yang asyik bocor sebab terlalu senang dikorek? 👇