Bukan soal "kalau". Tapi soal "bila".
Dalam sejarah, semua wang kertas akhirnya kembali kepada nilai sebenarnya, kosong.
India 2016. Malaya zaman Jepun. Negara kita pernah ada duit "$500" dan "$1000" yang hari ni tak laku.
Inilah perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, bahawa duit kertas ada "ajal", dan kita perlu bersedia.
✅ Perkara #1: Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan
Walaupun duit ada di tangan kita, hakikatnya nilainya tiada di tangan kita.
Ia di "tangan" kerajaan.
Sebab tu pada duit kertas tertulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai...".
✅ Perkara #2: India 2016, satu pengumuman, kekayaan jadi sampah
Hanya dengan satu pengumuman Bank Negara India, duit 500 dan 1,000 Rupee jadi senilai tisu tandas.
Berlaku kekalutan besar di seluruh negara.
Ini bukan cerita zaman datuk nenek. Ia berlaku pada 2016, di zaman kita.
✅ Perkara #3: Duit pisang Jepun, kekayaan atuk nenek kita jadi kosong
Perkara ni pernah berlaku di negara kita sendiri zaman penjajahan Jepun.
Duit "pohon pisang" yang banyak ketika tu jatuh senilai tisu tandas bila Jepun menyerah kalah.
Atuk nenek kita mesti tahu peristiwa ni.
✅ Perkara #4: Simpan emas, kekayaan Anda tiada tarikh luput
Cara lebih selamat simpan kekayaan ialah dalam bentuk emas (atau aset lain yang bertahan nilai).
Bukan dalam bentuk kertas, kecuali duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.
Bila simpan emas, kekayaan Anda tak ada tarikh luput macam duit kertas.
✅ Perkara #5: Emas, tak boleh dicipta, tak boleh dimusnahkan, berdiri sendiri
Inilah keistimewaan emas yang tiada pada wang kertas.
Ia tak boleh dicipta sesuka hati. Tak boleh dimusnahkan. Berdiri dengan sendiri tanpa jaminan sesiapa.
Bila simpan emas, kita BEBAS, kekayaan tak terikat dengan sesiapa.
Kita kena bersedia, tapi sentiasa berdoa mudah-mudahan ia tak terjadi di zaman kita.
Macam pesan founder Public Gold sejak 2009, "Save your family, buy gold. Help our nation, keep gold. Follow your religion, use gold."
Sebab emas akan jadi penyelamat di waktu kegawatan, sama ada dalam hidup kita, atau negara kita.