Ketika harga emas Malaysia mencecah puncak tertinggi dalam sejarah, kebanyakan peniaga emas mengelak daripada membeli.

Tapi Public Gold buat sebaliknya. Mereka promosi besar-besaran suruh orang ramai jual emas pada harga tinggi.

Branch sampai sesak.

Inilah perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang mendengar terus daripada founder Public Gold.

✅ Bukti #1: Terima jualan emas RM70 juta dalam 3 hari sahaja

Maklumat terus daripada founder Public Gold (Dato' Wira Louis Ng).

Dalam masa cuma 3 hari (18-20 Mac 2023), Public Gold terima jualan emas daripada orang ramai berjumlah RM70 juta.

Dan kesemuanya dibayar dalam tempoh yang dijanjikan, 2 hingga 3 hari bekerja.

Itu bukan jumlah biasa. Itu petanda kekuatan modal yang luar biasa.

✅ Bukti #2: Beli emas lama walaupun rosak, patah, kemek, bengkok

Tak kisah apa jenis atau jenama barang kemas, Public Gold tetap beli pada harga tinggi.

Walaupun emas tu dah rosak, patah, kemek, atau bengkok.

Ini jaminan Public Gold.

Bandingkan dengan kebanyakan tempat lain yang potong banyak kalau emas ada kecacatan.

✅ Bukti #3: Beli besar masa harga tinggi, jual besar masa harga rendah

Inilah corak yang terbalik dengan kebanyakan peniaga.

Bila harga naik mencanak, kebanyakan peniaga mengelak beli. Public Gold pula gila-gila promote suruh jual.

Bila harga rendah, kebanyakan peniaga tiada stok. Public Gold pula promote suruh beli banyak-banyak.

Dan ia emas FIZIKAL, bukan emas atas angin.

✅ Bukti #4: Mampu beli balik bernilai jutaan, tanpa masalah bayaran

Sepanjang 13 tahun mentor saya dalam industri emas, ada syarikat yang nak beli balik emas RM100k pun dah menggeliat.

Inikan pula emas bernilai jutaan ringgit.

Ramai syarikat mampu jual emas. Tapi hanya segelintir yang mampu beli balik dalam jumlah besar sekaligus.

Terutama ketika harga emas berada di paras tertinggi dalam sejarah.

✅ Bukti #5: 80% peraih emas terpakai pun akhirnya jual kepada Public Gold

Ini info dalaman yang menarik.

Sebenarnya 80% peraih emas terpakai di Malaysia akhirnya tolak (jual balik) emas tersebut kepada Public Gold juga.

Maknanya, kalau Anda nak untung lebih bila jual emas, jual terus kepada Public Gold.

Tak perlu lalui "orang tengah" yang ambil potongan dulu.

Sebab nak tahu syarikat emas terbaik atau tidak, inilah masanya. Banyak syarikat boleh jual emas. Tapi hanya yang telus dan kukuh mampu beli balik dalam jumlah besar, bila-bila masa.

Public Gold bukan sahaja pengeluar emas terbesar di Malaysia, tapi juga pembeli emas terbesar di Malaysia.

Kongsikan di komen, bagi Anda, antara "senang beli" dan "senang jual balik", mana yang lebih penting bila pilih tempat simpan emas? 👇