71% pencarum KWSP tak ada cukup duit untuk hidup di bawah paras kemiskinan bila pencen.

Duit KWSP yang ada pun, rata-rata habis dalam tempoh kurang 3 tahun selepas berhenti kerja.

Yang pencen kerajaan pun, gaji terus dipotong 50% sebaik je pencen.

Mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, kongsi, pencen bukan soal umur. Ia soal kedudukan kewangan. Dan formulanya cuma 3 perkara ni:

✅ Formula #1: Kos Sara Hidup

Lagi tinggi kos sara hidup, lagi besar harta yang diperlukan sebelum boleh pencen.

Kawal kos gaya hidup dari sekarang, lagi kecil kos sara hidup, lagi cepat capai pencen.

✅ Formula #2: Sumber Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif kena melebihi kos sara hidup. Contohnya dividen ASB/Tabung Haji, sewaan hartanah, royalti, income bisnes bersistem.

Kalau kos sara hidup RM4,500 dan pendapatan pasif RM5,000, itu dah cukup untuk pencen, tak kira umur berapa.

✅ Formula #3: Jumlah Harta Yang Cukup

Nak pendapatan pasif RM5,000 sebulan (dividen 5% setahun), perlukan harta bersih sekitar RM1.2 juta.

Mentor saya tegaskan, harta tu kena jana pendapatan, bukan sekadar simpan dalam emas atau tanah yang tak mendatangkan hasil.

Di sini saya nak jujur, kalau matlamat akhir adalah pendapatan pasif, emas sendiri bukan "produk akhir" tu. Emas peranannya di checkpoint lebih awal, dana kewangan selamat (6-12 bulan) dan modal asas yang likuid.

Bila ada dana tu dalam bentuk emas, senang nak cairkan untuk deposit rumah sewa, modal bisnes, atau apa-apa aset yang betul-betul jana cashflow. Itu baru jadi sebahagian daripada RM1.2 juta yang produktif.

Anda sekarang, masih di fasa kumpul modal asas, atau dah mula cari aset yang jana pendapatan pasif? 👇