Seorang lelaki kembangkan RM100,000 jadi RM1.4 juta dalam pasaran saham.

Jutawan betul-betul. Tapi bila krisis 1997 melanda, nilai sahamnya tinggal RM400,000 sahaja.

Jatuh 70% dalam masa setahun.

Tapi yang menariknya, Abah ini antara yang TERSELAMAT. Inilah kisah yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, tentang ayahnya sendiri.

✅ Pengajaran #1: Saham boleh untung besar, tapi ramai "terbunuh" dengannya

Founder Public Gold sendiri jutawan saham. Tapi dia tinggalkan saham untuk bina bisnes emas.

Kenapa? Sebab untuk kebaikan ramai, perlu ada pelaburan yang lebih solid dan selamat.

Saham boleh bagi untung besar, tapi ramai juga rugi besar, bahkan jatuh lingkup.

Emas pula selamat untuk semua orang.

✅ Pengajaran #2: Masalah saham, kita cuma ada "nombor dan kertas"

Menurut Abah, masalah saham ialah kita cuma pegang nombor dan kertas.

Tiada aset fizikal di tangan.

Bila pasaran runtuh, nombor tu boleh lenyap dalam sekelip mata.

Kawan-kawan Abah ramai yang lingkup betul-betul, ada yang hampir jadi gila.

✅ Pengajaran #3: Aset fizikal yang selamatkan Abah

Inilah pembeza antara yang selamat dan yang lingkup.

Bila Abah untung besar dalam saham, dia tukarkan keuntungan tu kepada aset fizikal, tanah, rumah, kereta.

Bila pasaran jatuh, aset fizikal tu kekal.

Tanah kebun yang dibeli hasil untung saham dulu, masih bertahan sampai sekarang, melepasi pelbagai krisis.

✅ Pengajaran #4: Yang resign nak fokus saham full-time, hilang segala-galanya

Abah kekal bekerja sebagai guru walaupun jadi jutawan saham.

Tapi ramai kawannya resign, kononnya nak fokus main saham sepenuh masa.

Bila pasaran lingkup, mereka hilang segala-galanya, termasuk pekerjaan.

Abah selamat sebab dia tak letak semua telur dalam satu bakul, dan tak berhenti kerja.

✅ Pengajaran #5: Selamatkan dulu, untung nombor dua

Inilah falsafah paling penting.

Sebelum fikir untung, fikir dulu macam mana nak selamatkan simpanan.

Ramai fikir untung dulu, akhirnya duit habis lebur dalam pelaburan tanpa ilmu.

Sebab tu mentor saya kata: ramai orang sebenarnya akan jadi LEBIH kaya kalau mereka tak melabur.

Sebab tu emas digelar "ultimate wealth protector", pelindung kekayaan terunggul. Harga turun naik jangka pendek tu bukan risiko. Dalam jangka panjang, emas confirm naik sebab kuasa beli kertas confirm jatuh.

Sebab bukan emas yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu kita tentang emas. Yang penting, biar kekayaan selamat dulu. Untung itu nombor dua.

Kongsikan di komen, Anda jenis yang kejar untung besar dulu, atau yang utamakan selamatkan simpanan dulu? 👇