Harga emas cecah tertinggi dalam sejarah. Lagi sekali.
Ramai terus fikir, "Jual semua, kaut untung sekarang!"
Tapi mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, selepas 13 tahun menabung emas, tak pernah sekali pun jual simpanannya.
Kenapa? Sebab dia faham satu prinsip orang kaya yang ramai tak nampak.
✅ Pengajaran #1: Orang kaya tak tebang pokok kekayaan, mereka makan buahnya sahaja
Inilah inti pati segalanya.
Orang kaya tak akan cantas pokok-pokok kekayaan yang dah lama mereka tanam.
Kalau nak makan, mereka makan hasil buahnya, bukan tebang pokoknya.
✅ Pengajaran #2: Jual emas untuk pegang kertas, itu turunkan taraf aset
Kalau jual emas, duit tu nak buat apa?
Nak letak dalam ASB atau Tabung Haji, lagi tak berbaloi.
Jual aset mahal (emas) untuk pegang aset murah (kertas yang susut nilai) bukan satu kemenangan.
✅ Pengajaran #3: Perlu duit? Pajak dulu, jangan terus jual
Inilah teknik penyimpan emas tegar.
Bila nak pakai duit, mentor saya pajak emas dulu di ar-rahnu, lepas tu tebus balik.
Emas tetap kekal milik dia. Pokok kekayaan tak ditebang.
✅ Pengajaran #4: Tak perlu pilih antara menabung dan berbelanja
"Kalau asyik menabung, bila nak berbelanja?"
Mentor saya kata, sebenarnya tak perlu pilih.
Dulu dia order air suam sebab nak menabung. Sekarang minum kopi kayangan pun masih terus menabung.
✅ Pengajaran #5: Saban tahun "harga tertinggi", tapi tak pernah "terendah dalam sejarah"
Setiap tahun kita dengar harga emas cecah puncak baru.
Tapi tak pernah sekali pun dengar "harga terendah dalam sejarah".
Sebab itu, nak menabung emas tak perlu tunggu harga rendah.
Jadi kalau harga emas naik tinggi, jangan terburu nak jual untuk kaut untung sekejap. Sebab cara tu bukan cara orang kaya bina kekayaan.
Makin lama menabung emas, makin banyak harta kita, selagi kita tak tebang pokok yang sepatutnya terus membesar.