Seorang lelaki pernah jadi jutawan dua kali. Dan jatuh miskin dua kali juga.
Bukan sebab malas. Bukan sebab boros.
Tapi sebab kekayaannya disimpan dalam bentuk yang salah, wang kertas.
Inilah kisah yang membuka mata mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, untuk tekad simpan emas. Dan ini 5 pengajaran yang saya ambil daripadanya.
✅ Pengajaran #1: Duit kertas boleh jadi sampah dalam sekelip mata
Bapa mentua YB Husam Musa bina perniagaan dari sekeping emas (pound Amerika) yang diberi emaknya.
Perniagaan berkembang sehingga dia ada berguni-guni duit zaman Jepun.
Bila Jepun menyerah kalah, duit "pohon pisang" tu terus tak laku. Hanya layak dibuang di umbi pisang.
✅ Pengajaran #2: Nilai wang kertas bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan
Pada kertas itu sendiri tiada nilai sebenar. Tiada nilai intrinsik.
Ia bernilai hanya sebab nilai yang dipaksa ke atasnya, jaminan kerajaan.
Sebab tu kerajaan terpaksa tulis "Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai...".
✅ Pengajaran #3: Jaminan kerajaan hanya sah selagi ekonomi dan politik stabil
Jaminan tu cuma terpakai selagi negara aman.
Bila berlaku pergolakan ekonomi atau politik, jaminan tu tak lagi terpakai.
Tengok sahaja negara-negara yang sedang bergolak. Duit mereka tak lagi bernilai.
✅ Pengajaran #4: Emas berdiri sendiri, tak perlu jaminan sesiapa
Emas satu-satunya aset kewangan yang berdiri dengan sendiri.
Tak perlu geran, tak perlu surat pemilikan, tak berkait dengan sesiapa.
Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya sendiri, laku di mana sahaja, bila-bila masa.
✅ Pengajaran #5: Lagi harga jatuh, lagi orang serbu beli emas
Inilah beza paling jelas antara emas dan kertas.
Bila harga emas turun, orang berebut-rebut beli. Macam di China pada 2013, kedai emas sampai kehabisan stok.
Tapi bila nilai duit kertas jatuh, orang "lari". Tiada siapa berebut beli kertas yang makin susut.
Sebab tu mentor saya bulatkan tekad, "Tak kisah berapa harganya, asalkan duit jadi emas."
Sebab kalau takut beli emas sebab risiko harga jatuh, membiarkan kekayaan dalam bentuk kertas sebenarnya jauh lebih menakutkan.