Bayangkan terpaksa lari dari negara sendiri. Sehelai sepinggang.

Semua harta, rumah, tanah, kebun, ternakan, terpaksa jual atau tinggalkan.

Apa satu-satunya benda yang boleh dibawa untuk mulakan hidup baru?

Bukan duit kertas. Tapi kepingan emas nipis. Inilah kisah pelarian Vietnam yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

✅ Pengajaran #1: Ketika perang, hanya emas yang boleh dibawa lari

Semasa perang Vietnam tahun 1970-an, ramai rakyat jadi pelarian.

Tiada harta berharga lain yang boleh dibawa, kecuali kepingan emas nipis "Kim Thanh" seberat 15 gram.

Bentuknya yang nipis memudahkan disorok dalam kasut dan jahitan baju. Walaupun pelarian, tiada siapa tahu mereka sebenarnya membawa kekayaan.

✅ Pengajaran #2: Duit kertas Vietnam, berjuta pun tak laku di negara lain

Pada waktu itu, bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tiada nilai di negara lain.

Sebab nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Bila pemerintahan kucar-kacir, nilai duit kembali kepada nilai sebenarnya. Iaitu tak lebih daripada sekeping kertas. Nilainya kosong.

✅ Pengajaran #3: Emas berdiri sendiri, tak perlu jaminan sesiapa

Emas berbeza sama sekali.

Nilainya terletak pada ketulenan dan beratnya tersendiri, bukan pada jaminan mana-mana kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri, tanpa perlu pengesahan sesiapa.

Inilah yang buatkan emas kekal bernilai walaupun negara asalnya runtuh.

✅ Pengajaran #4: Emas adalah "duit antarabangsa", diterima di seluruh dunia

Asalkan ia emas tulen, ia diterima di mana-mana, pada bila-bila masa.

Pelarian Vietnam guna emas tu untuk mulakan hidup baru di negara lain, termasuk yang datang ke Malaysia.

En Zailani (Abang Zack), salah seorang penyimpan emas mentor saya, jadi saksi sendiri.

Pelarian Vietnam guna kepingan emas Kim Thanh di Kuala Kemaman.

✅ Pengajaran #5: Emas adalah benteng terakhir kekayaan, sebab tu pakar saran simpan 10%

Disebabkan kekuatan inilah pakar menyarankan setiap kita simpan emas.

Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah sebenar kekayaan kita.

Kita tak pernah jangka apa akan berlaku pada masa depan.

Tapi bila benteng terakhir tu ada, sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk kita bertahan.

Kisah pelarian Vietnam mungkin terasa jauh. Tapi pengajarannya dekat dengan kita semua. Emas bukan sekadar simpanan untung, ia jaring keselamatan bila semua yang lain runtuh.

Sebab harta yang terikat dengan satu negara boleh hilang bersama negara itu. Tapi emas, ia kekal milik Anda, di mana sahaja Anda berada.

Kongsikan di komen, Anda dah ada "benteng terakhir" emas untuk keluarga, atau masih bergantung sepenuhnya pada simpanan yang terikat dengan satu negara? 👇