Masukkan RM15, keluar 15 keping token untuk mesin dobi layan diri.
Token tu bukan duit. Cuma kupon mewakili duit. Laku di kedai dobi tu sahaja.
Itulah sebenarnya hakikat duit kertas yang kita pegang setiap hari.
Inilah fakta yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, untuk faham sejarah sebenar wang fiat.
✅ Fakta #1: Asalnya duit kertas cuma token, emas yang duit sebenar
Duit kertas bukan duit sebenar. Cuma token mewakili duit.
Duit sebenar adalah emas.
Dulu, untuk dapatkan 35 Dollar Amerika, kita kena "masukkan" emas seberat 1 troy oz (31.1 gram).
✅ Fakta #2: Perjanjian Bretton Woods 1944, kertas boleh tukar balik kepada emas
Inilah syarat yang dipersetujui 44 buah negara pada 1944.
31.1 gram emas bersamaan 35 Dollar Amerika, dan token tu boleh ditukar semula kepada emas di mana-mana bank di Amerika.
Sebab tu Dollar diiktiraf sebagai matawang dunia.
✅ Fakta #3: 15 Ogos 1971, "penipuan terbesar sejarah dunia"
Pada tarikh ini, Amerika putuskan: kertas hijau tu tak ada kena-mengena lagi dengan emas.
Padahal sebelum tu, orang berbondong-bondong serahkan emas untuk dapatkan kertas tu.
Pakar sejarah matawang, Mike Maloney, gelarkan tindakan ni "penipuan terbesar dalam sejarah manusia".
✅ Fakta #4: Sejak 1971, Dollar boleh dicetak tanpa had untuk "ragut" kekayaan dunia
Selepas hubungan dengan emas diputuskan, Amerika boleh cetak kertas dollar sebanyak mana yang mereka mahu.
Dengan token tu, mereka dapat kekayaan dan kekuasaan.
Inilah rahsia kenapa nilai duit kertas makin susut.
✅ Fakta #5: Amerika simpan emas, kita simpan kertas
Inilah realiti yang ramai tak nampak.
Ketika kita simpan kertas dollar, Amerika sendiri penyimpan emas terbesar dunia, 8,133 tan (2023).
Kita simpan kertas. Mereka simpan emas.
Jadi bila Anda beli emas, Anda sebenarnya menukar kertas kepada WANG SEBENAR. Bukan lagi sekadar pegang token macam token mesin dobi layan diri.
Sebab token cuma laku di satu tempat. Tapi emas, ia laku di seluruh dunia, sejak ribuan tahun.