"Harga emas dah naik tinggi. Masa terbaik nak jual ke?"
Soalan ni selalu ditanya bila harga emas mencecah paras tertinggi.
Tapi jawapannya bukan tentang harga, tapi tentang tujuan.
Ini perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang tak pernah jual emas simpanannya sejak 2010.
✅ Perkara #1: Jangan layan emas macam saham
Ramai pelabur beli emas harga rendah, harga naik sikit terus jual untuk untung tunai. Untung seratus dua, itulah untung katanya.
✅ Perkara #2: "Untung" jangka pendek selalunya tipu mata
Contoh: jual gold bar untung RM240. Tapi lepas jual, harga emas naik. Nak beli balik emas sama, kena top-up lagi RM160. Jadi RM240 tu benar-benar untung?
✅ Perkara #3: Jual HANYA untuk tukar kepada aset "real" yang lebih baik
Inilah keadaan pertama yang wajar jual emas. Bila nak tukarkan emas kepada harta yang real, macam rumah atau hartanah yang menjana pendapatan.
✅ Perkara #4: Jual bila dah capai matlamat simpanan
Keadaan kedua, bila emas tu dah mencapai tujuan asalnya. Contohnya nak naik haji, modal kahwin, atau pendidikan anak.
✅ Perkara #5: Jual ketika terdesak, bila dana kecemasan dah habis
Keadaan ketiga dan terakhir, ketika kecemasan sebenar. Iaitu bila dana kecemasan tunai 3 bulan gaji dah habis digunakan.
Emas naik sekitar 10% setahun (rekod jangka panjang). Sedangkan harga barang harian pun naik 10% setahun. Simpan emas bukan sahaja nikmati kenaikan harga, tapi selamat daripada inflasi.
Jadi sebelum tanya "bila masa terbaik jual emas", tanya dulu, apa tujuan saya jual? Kalau bukan untuk tiga keadaan tadi, jawapannya selalunya: simpan sahaja dulu.