Dulu saya fikir duit kertas yang kita guna hari ni dikeluarkan bersandarkan emas.

Rupa-rupanya silap.

Sejak 15 Ogos 1971, duit kertas dah tak ada kena-mengena dengan emas.

Inilah perjalanan sejarah yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang buka mata tentang apa sebenarnya "duit" yang kita pegang.

✅ Fakta #1: Sebelum 1971, kertas dollar cuma baucar mewakili emas

Dulu, setiap 35 Dollar Amerika yang dicetak mesti ada emas seberat 1 troy oz (31.1 gram).

Kertas tu bukan duit sebenar, cuma baucar mewakili emas.

Pada duit dollar lama, jelas tertulis "redeemable in gold on demand".

Maknanya kertas tu boleh dibawa ke bank dan ditukar kepada emas. Duit sebenar adalah emas.

✅ Fakta #2: Bretton Woods 1944, 44 negara setuju kertas bersandarkan emas

Selepas Perang Dunia Kedua, dunia perlukan satu matawang untuk berdagang.

Wakil 44 buah negara setuju guna US Dollar, tapi dollar tu bersandarkan emas.

Seluruh dunia serahkan emas kepada Amerika, dapat kertas hijau untuk berdagang.

Dollar cuma matawang. Wang sebenar tetap emas.

✅ Fakta #3: 1971, Amerika putuskan hubungan, emas dunia jadi milik mereka

Bila ekonomi Amerika bermasalah akibat perang Vietnam, mereka cari jalan pintas.

Mereka putuskan sahaja hubungan antara dollar dan emas.

Emas-emas yang diserahkan negara dunia sebagai tukaran kertas, akhirnya jadi milik Amerika sepenuhnya.

Negara lain simpan kertas. Amerika simpan emas. Itulah rahsia kekayaan dan kuasa mereka.

✅ Fakta #4: Harga emas "mendatar" 100 tahun, sebab duit itu sendiri emas

Kalau tengok graf, harga emas tak naik selama lebih 100 tahun sejak 1883. Kenapa?

Bukan sebab tiada permintaan, tapi sebab duit yang digunakan ketika itu sendiri adalah emas.

Kertas yang mereka pegang cuma baucar.

Harga emas mula "melambung" hanya selepas 1971, bila kertas dah tak bersandarkan emas lagi.

✅ Fakta #5: Emas tak naik, sebenarnya kuasa beli kertas yang jatuh

Inilah pemahaman paling penting.

Sebelum 1971, 35 Dollar dapat 1 troy oz emas. Hari ni perlu lebih 1,000 Dollar untuk berat sama.

Harga emas naik, atau kuasa beli duit yang jatuh?

Macam karipap, dulu 10 sen, sekarang 50 sen. Bukan karipap jadi mewah, tapi duit yang makin tak bernilai.

Sebab tu penyimpan emas sebenarnya tak bertambah kaya dengan kenaikan harga, tapi kekayaan mereka BERTAHAN. 1 dinar dulu beli seekor kambing. Hari ni 1 dinar masih beli seekor kambing. Kuasa belinya kekal.

Jadi duit kertas hanya sesuai jadi alat transaksi harian, bukan simpanan jangka panjang. Sebab ia tak mampu menyimpan nilai.

Penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia hanya satu, emas (dan perak).

Kongsikan di komen, Anda baru tahu ke yang duit kertas asalnya bersandarkan emas sebelum 1971? 👇