Nak simpan duit di bank mudah. Tapi nak keluarkan, tak semestinya mudah.

Tiada jaminan duit yang kita simpan di bank itu boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Saban tahun ada sahaja berita pendeposit tak dapat keluarkan duit mereka, terbaru di China, pelanggan terpaksa buat tunjuk perasaan.

Ini perkara berat yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang sendiri pernah melalui musibah ini.

✅ Sebab #1: Duit di bank bukan 100% di bawah kawalan Anda

Walaupun itu duit hasil titik peluh sendiri, bila dah masuk bank, ia tertakluk kepada kuasa bank dan kerajaan. Mereka boleh benarkan, hadkan, atau bekukan pengeluaran.

Ini bukan teori. Ia dah berlaku di China, di Greece ketika krisis kewangan. "Tiada jaminan yang terjamin", itu lumrah kehidupan.

✅ Sebab #2: Semua harta Anda direkodkan, dan boleh dibekukan

Berapa duit Anda di bank, kerajaan tahu. Berapa hartanah, berapa pelaburan, semua direkodkan dalam sistem kewangan negara.

Dan semua harta tu boleh dibekukan pada bila-bila masa. Kecuali satu, emas (dan perak).

✅ Sebab #3: Emas satu-satunya aset di luar sistem kewangan

Inilah keistimewaan emas yang ramai tak nampak. Tiada siapa tahu berapa banyak emas Anda ada, kecuali Anda beritahu sendiri.

Tiada siapa tahu di mana Anda simpan, kecuali Anda yang memberitahunya.

Aset yang 100% di bawah kawalan Anda sendiri.

✅ Sebab #4: Akaun boleh beku walaupun Anda orang baik-baik

Bukan sahaja krisis bank atau ekonomi. Akaun boleh dibekukan kalau nama Anda terpalit isu scam, penipuan, atau aktiviti menyalahi undang-undang, walaupun Anda tak bersalah.

Ini pernah berlaku kepada mentor saya sendiri. Bila musibah menimpa, semua akaun bank peribadi beliau dibekukan.

Isteri dan lapan anak kecil tak dapat keluarkan duit untuk teruskan kehidupan.

✅ Sebab #5: Yang selamatkan keluarga ketika getir, emas fizikal

Ketika akaun bank dibekukan, apa yang menyelamatkan keluarga mentor saya? Simpanan emas fizikal yang dikumpul sejak 2010.

Isterinya jual sedikit demi sedikit untuk survive.

Saranan "1 kilogram 1 keluarga" benar-benar membantu pada saat paling getir.

Kita tak pernah jangka apa akan terjadi pada masa depan. Walaupun kita orang baik, risiko duit dan harta dibekukan tetap ada. Jadi kita perlu bersedia.

Tak perlu tukar semua kekayaan kepada emas. Cukup sebahagian, pakar saran sekurang-kurangnya 10%. Sebab seperti pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Kongsikan di komen, Anda dah ada "payung" emas untuk keluarga, atau masih bergantung sepenuhnya pada simpanan di bank? 👇