Simpan, simpan... bocor. Simpan, simpan... korek balik.

Kerja bertahun-tahun, gaji makin besar, tapi simpanan masih kempis.

Masalahnya bukan tak cukup duit. Tapi desakan emosi untuk berbelanja.

Inilah pengajaran yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, sebab dalam kewangan, selalunya matematik kalah dengan emosi.

✅ Strategi #1: Bayar diri sendiri dulu

Bila dapat duit, simpan dulu, selebihnya baru berbelanja.

Bukan berbelanja dulu, lepas tu tunggu duit lebih baru simpan.

Sebab kalau tunggu duit lebih, alamatnya memang tak akan menyimpan.

Orang kaya bayar diri sendiri dahulu. Orang kebanyakan bayar diri sendiri paling akhir.

✅ Strategi #2: Tukar duit kepada harta sebenar, macam emas

Inilah strategi paling berkesan elak kebocoran.

Bila ada duit simpanan jangka panjang, tukarkan kepada harta sebenar, emas, tanah, atau rumah sewa.

Sebab otak kita tak boleh "match" emas dengan nafsu belanja.

Tengok barang RM500, kita "match" dengan duit di bank, terus bocor. Tapi emas? Kita rasa sayang nak jual.

✅ Strategi #3: Potong semua kad kredit kecuali satu

Kad kredit cara buat hutang paling mudah, dan paling tak terasa.

Ia jadi simbol status, tapi boleh jadi "kanser" kewangan.

Interest paling tinggi berbanding pinjaman lain, dan compounding pula.

Tahu-tahu hutang dah menimbun tanpa kita sedar duit dah bocor.

✅ Strategi #4: Berbelanja secara tunai

Bila beli barang secara tunai, kita betul-betul terasa setiap sen yang keluar.

Jauhkan "ansuran", "beli dulu bayar kemudian", hatta "zero interest" sekalipun.

Walaupun zero interest nampak untung secara matematik, ia memupuk tabiat suka berhutang.

Dalam jangka panjang, ia memakan diri kita sendiri.

✅ Strategi #5: Langsaikan hutang paling kecil dulu, Teknik Snow Ball

Target hutang paling kecil dulu untuk dilangsaikan.

Bila satu hutang settle, ia jadi motivasi untuk langsaikan yang lain.

Tapi kalau ada dua hutang yang jumlahnya hampir sama, settlekan yang interest paling tinggi dulu.

Sebab itu yang bagi penjimatan paling besar.

✅ Strategi #6: Buat "hutang baik" untuk tambah harta, bukan tukar kereta

Bila pendapatan meningkat, manfaatkan untuk buat "hutang baik", rumah sewa, beli tanah.

Bukan tukar kereta baru.

Ramai susah nak paksa diri menyimpan. Tapi kalau berhutang, kita terpaksa bayar.

Jadi gunakan "paksaan" tu untuk jadi lebih kaya, bukan untuk tambah beban.

✅ Strategi #7: Tinggalkan "window shopping"

Berhenti merayau di shopping complex, scroll e-commerce, atau ronda pasar malam tanpa tujuan.

Sebab kewangan bukan matematik, ia emosi.

Bila saja-saja tengok barang yang kita tak perlu, mesti ada yang jatuh hati dan terbeli.

Asalnya nak beli 10 barang, akhirnya beli 15. Itulah cara duit bocor tanpa sedar.

Bila lubang-lubang kebocoran ni ditutup rapat, kekayaan kita senang berkembang, walaupun pendapatan tak sebesar mana.

Sebab jangan ingat orang income 5 angka tu mesti kaya. Ramai yang income besar, tapi simpanan kecemasan pun tak ada.

Kongsikan di komen, antara 7 strategi ni, mana yang Anda rasa paling susah nak buat? 👇