5 hutang. Gaji bawah paras B40. Isteri suri rumah. Tinggal di KL.

Bunyi macam mustahil nak bebas hutang, kan?

Tapi mentor saya berjaya, langsai semua dalam masa 4 tahun, di usia 27 tahun.

Inilah strategi yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Bukan teknik magik, tapi disiplin yang konsisten.

✅ Strategi #1: Berhenti buat hutang baru

Langkah pertama paling asas, selagi boleh hidup tanpa hutang, jangan berhutang.

Beli apa sahaja secara tunai.

Kalau terpaksa berhutang, itu maknanya kita belum mampu beli barang tu.

Jadi kumpul duit dulu. Bila cukup, baru beli. Banyakkan bersabar.

✅ Strategi #2: Langsaikan hutang interest paling tinggi dulu

Senaraikan semua hutang ikut kadar interest.

Hutang kad kredit (18% setahun) kena settle dulu sebelum car loan (3%-5%).

Tapi "hutang berkat" macam housing loan untuk rumah pelaburan, langsai paling akhir.

Sebab itu "good debt" yang membuatkan kita bertambah kaya.

✅ Strategi #3: Buka Dana "Full-Settlement Hutang"

Inilah strategi yang jimat banyak interest.

Bayar ansuran macam biasa, sambil kumpul duit lain dalam dana khas ni.

Bila duit cukup, buat full-settlement terus.

Sebab full-settlement bayar nilai "pokok" sahaja, ansuran bulanan bayar "pokok + interest".

✅ Strategi #4: Guna duit "durian runtuh" untuk langsai hutang

Bonus tahunan, duit tak dijangka, guna untuk bayar hutang dulu.

Mentor saya guna sebahagian besar duit bonus selama 4 tahun untuk langsaikan hutang.

Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu.

Tapi kena mujahadah sikit, sebab hasilnya berbaloi.

✅ Strategi #5: Simpan 100% duit kenaikan gaji ke dalam dana hutang

Setiap kali naik gaji, kira dulu berapa kenaikan kos sara hidup.

Gaji naik RM200, kos hidup naik RM120, masukkan lebihan RM80 ke dana full-settlement.

Jangan gatal tangan usik dana tu.

Sebab kenaikan gaji selalunya "hilang" entah ke mana kalau tak diasingkan siap-siap.

✅ Strategi #6: Bila settle satu hutang, simpan duit ansuran tu untuk hutang seterusnya

Bila dah full-settlement car loan yang ansurannya RM600 sebulan, simpan RM600 tu ke dana hutang.

Jangan anggap duit tu sebagai "kenaikan gaji", apatah lagi nak tukar kereta baru.

Inilah teknik "snowball", momentum makin laju bila satu per satu hutang settle.

Bila dah bebas hutang, kita rasa berat nak berhutang lagi.

✅ Strategi #7: Bayar hutang secara automatik

Buat potongan gaji atau standing instruction supaya tak terlupa bayar.

Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak dan kena caj.

Sebab disiplin yang konsisten lebih kuat daripada semangat yang sekejap.

Automatik = tak bergantung pada ingatan atau mood.

Dan ramai yang berjaya bebas hutang menggunakan satu aset tambahan, emas. Macam kisah En Azlan yang settle baki loan rumah RM160,000 hasil tabungan emasnya.

Sebab bila duit dah jadi emas, ia tak mudah bocor, dan boleh dicairkan bila tiba masa nak langsaikan hutang besar.

Kongsikan di komen, antara 7 strategi ni, mana yang Anda rasa paling boleh ubah keadaan hutang Anda sekarang? 👇