Seorang lelaki nak beli 4 dinar. Akhirnya beli 1 sahaja.
Sebab apa? Dia tengok harga turun RM3 dalam beberapa minit, terus panik, terus cancel.
Sehari kemudian, harga naik RM17. Dia menyesal tak sudah.
Itulah harga sebenar "membazir emosi". Dan ini perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang dah bertahun-tahun ingatkan penyimpan emas tentang perangkap ni.
✅ Tanda #1: Anda cek harga emas setiap jam, walaupun tak nak beli atau jual
Lepas dah beli, Anda masih sibuk semak harga setiap hari, setiap jam, bahkan setiap 20 minit.
Harga naik rasa gembira, harga turun rasa tertekan.
Padahal Anda bukan nak transaksi pun sekarang.
✅ Tanda #2: Anda tunggu "harga paling rendah" sebelum berani beli
Tiada siapa tahu bila harga benar-benar paling rendah, kecuali bila ia dah jadi sejarah.
Dan bila dah jadi sejarah, tahu pun tak guna.
Jadi menunggu titik terbawah tu satu permainan yang Anda takkan menang.
✅ Tanda #3: Anda batalkan belian sebab harga turun sikit dalam beberapa minit
Inilah persis apa yang berlaku pada lelaki tadi.
Plan beli 4 dinar, tukar jadi 1 dinar, semua sebab harga turun RM3 (0.56%) dalam beberapa minit.
Pergerakan kecil dalam jangka pendek tu langsung tak penting untuk simpanan jangka panjang.
✅ Tanda #4: Anda biarkan emosi bergerak naik turun macam carta harga
Penyimpan emas tegar cuma monitor harga dalam DUA keadaan sahaja.
Pertama, bila nak beli dalam jumlah besar sekaligus. Kedua, bila nak jual.
Selain dua keadaan tu, harga tak patut ganggu fikiran langsung.
✅ Tanda #5: Anda lupa yang harga emas confirm naik jangka panjang
Kalau harga karipap Mak Cik Bedah pun confirm naik pada masa depan, inikan pula emas.
Ia pasti naik kerana faktor inflasi dan kejatuhan ringgit. Cuma persoalan masa.
Tahun 1997, harga emas cuma sekitar RM32 segram. Tahun 2003, sekitar RM50.
Jadi berhenti biarkan emosi Anda berayun setiap kali harga bergerak. Fokus pada satu benda sahaja, berapa banyak gram yang dah ada dalam tabungan.
Sebab seperti pesan mentor saya, penyesalan ini akan sentiasa berulang. Nak menabung emas? Beli sahaja. Anda akan senyum tengok harga 3-5 tahun akan datang.