Bila harga emas turun, ramai panik, "Rugilah beli emas tadi!"
Tapi tunggu. Cuba fikir terbalik.
Adakah simpan wang kertas tu sebenarnya lebih selamat daripada emas?
Ini perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, sebab risiko sebenar bukan pada emas yang turun, tapi pada kertas yang kita pegang.
✅ Risiko #1: Ringgit boleh jatuh, dan ia pernah jatuh 50% setahun
Ringgit Malaysia pernah jatuh sehingga 50% dalam setahun semasa krisis 1997.
Perkara macam ni tak pernah berlaku kepada emas dalam sejarah 30 tahun.
✅ Risiko #2: Nilai matawang boleh runtuh 100%, bukan dongeng
Ingat "Duit Pisang" zaman Jepun? Dulu matawang rasmi. Hari ni, hanya layak dibuang di umbi pisang.
Bapa mentua YB Husam Musa pernah jatuh dari "jutawan" jadi "kosongwan" bila duit tu tak laku.
✅ Risiko #3: Sistem matawang itu sendiri boleh runtuh
Dalam sejarah wang fiat, semuanya berakhir bila orang hilang kepercayaan, kerana kerajaan cetak wang berlebihan.
Selalunya berlaku bila negara tanggung hutang besar, terutama kos peperangan.
✅ Risiko #4: Kuasa beli pasti dimakan inflasi, ini yang PASTI berlaku
Risiko 1, 2, 3 mungkin Anda rasa jauh. Tapi yang ini, pasti berlaku kepada semua.
Dulu 10 sen cukup buat ibu bapa kita makan kenyang di sekolah. Hari ni RM1 pun tak mampu beli sebungkus nasi.
✅ Risiko #5: Simpanan bocor sebab desakan emosi, faktor dalaman
Risiko 1 hingga 4 semua faktor luaran. Tapi yang paling kerap buat orang susah kaya, faktor dalaman.
Iaitu disiplin menyimpan. Ini bukan masalah ekonomi, tapi psikologi.
Tiada orang jatuh miskin sebab simpan emas. Tapi ramai jatuh miskin sebab boros, terjebak skim cepat kaya, atau duit lebur sebab orang tak bayar hutang.
Bukan bermaksud semua duit kena tukar jadi emas. Duit yang nak digunakan tak lama lagi, simpan tunai di bank atau Tabung Haji.
Tapi duit simpanan jangka panjang? Tukarkan kepada aset fizikal seperti emas, tanah, atau hartanah. Sebab dalam jangka panjang, yang akan "menang" ialah emas, bukan kertas.