Bila sebut pasal matlamat kewangan, ramai cuma fikir tentang perbelanjaan masa depan.

Nak cukupkan duit beli rumah, pergi haji, atau dana persaraan.

Tapi persoalannya, sampai bila kita mampu terus di tahap kais sebulan makan sebulan?

Ini 5 checkpoint kewangan hasil perkongsian guru emas saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

✅ Checkpoint #1: Aliran Tunai Positif

Anda wajib pastikan perbelanjaan kurang daripada pendapatan. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.

Konsisten menabung adalah petanda Anda sedang bergerak ke arah kekayaan.

✅ Checkpoint #2: Simpanan Kecemasan 3 Bulan Gaji

Fokus cukupkan dana berjumlah 3 bulan gaji sebelum fikir hal lain. Dana ini khusus untuk perbelanjaan luar jangka macam kos membaiki kereta kemalangan.

Simpan duit ini di tempat yang selamat seperti Tabung Haji atau ASB.

✅ Checkpoint #3: Bebas Hutang Negatif

Langsai segera hutang yang membuatkan Anda bertambah miskin. Pembiayaan peribadi dan pinjaman kereta akan menolak aliran tunai Anda setiap bulan.

Beli kereta RM60,000, nilainya menyusut tak sampai RM20,000 selepas 5 tahun.

✅ Checkpoint #4: Kewangan Selamat 6 Hingga 12 Bulan

Anda perlukan duit simpanan berjumlah 6 hingga 12 bulan pendapatan. Kalau hilang pekerjaan, Anda masih boleh bertahan mencari kerja baru tanpa tekanan.

Dana jangka panjang ini sangat sesuai disimpan dalam bentuk emas fizikal.

✅ Checkpoint #5: Capai Kebebasan Kewangan

Tahap ini bermaksud pendapatan pasif melebihi kos sara hidup. Anda tidak bekerja pun, duit tetap masuk untuk menampung kehidupan.

Ini bukti jumlah harta bersih Anda sudah cukup kuat menjana pendapatan pasif.

Membina kekayaan bukan sekadar mengubah nombor di dalam poket. Ia adalah proses berterusan membentuk sikap dan tabiat Anda menjadi lebih baik.

Anda sekarang berada di checkpoint nombor berapa? 👇