Musim harga emas naik mencanak 2025-2026 ni, ramai "pakar" baru muncul nak bercakap pasal emas.

Tapi yang sebenarnya, ramai cuma faham emas ni macam saham, beli rendah, jual tinggi, tengok % profit.

Bila dapat profit pun, masih tak "kaya-kaya". Bertahun-tahun simpan, tapi still kais sebulan makan sebulan.

Perkongsian ni saya dapat terus daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang dah educate masyarakat menyimpan emas sejak 2010 (16 tahun). Beliau cakap, "kaya dengan emas" bukan pasal profit semata-mata. Ada 3 petanda sebenar:

✅ Petanda #1: Masalah TABUNGAN Dah Selesai

Dulu kerja bertahun-tahun, tabungan kecemasan 3 bulan gaji pun tak lekat. Bila menabung emas dengan ilmu yang betul, akhirnya tabungan jadi kukuh, sekurang-kurangnya 12 bulan gaji.

Target #1keluarga1kiloemas jadi "bot penyelamat" masa depan keluarga.

✅ Petanda #2: Masalah HUTANG Dah Lupus

Dulu makin lama kerja, makin banyak hutang bertambah. Ada yang sampai AKPK, ada yang bankrupt.

Bila mula menabung emas dengan ilmu, bukan sekadar beli, ramai berjaya bebas dari belengu "hutang miskin" yang dah bertahun-tahun.

✅ Petanda #3: HARTA Makin Berkembang

Tabungan emas tu jadi modal pusingan. Boleh beli property dapat cashflow positif, beli tanah yang mendatangkan hasil, kembangkan bisnes.

Emas makin banyak, hutang lupus sepenuhnya, harta makin lama makin bertambah. Itu baru namanya #FinancialFreedom hasil emas.

Jadi kalau setakat beli emas tapi tak ada ilmu macam mana nak gunakan, itu still "simpan emas" je, bukan "kaya dengan emas".

Antara 3 petanda ni, TABUNGAN, HUTANG, atau HARTA, yang mana Anda rasa paling jauh nak capai sekarang? 👇