"Kalau hilang pekerjaan, siapa mampu teruskan hidup cuma sebulan? Sila duduk."
"Kurang 3 bulan? Sila duduk." "Kurang 6 bulan? Sila duduk."
Akhirnya, tinggal tak sampai 20% peserta yang masih berdiri.
Inilah survey mengejutkan yang saya belajar daripada perkongsian mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie. 80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya dalam masa 6 bulan kalau hilang punca pendapatan.
✅ Pengajaran #1: Gaji besar bukan jaminan, ramai "mati" sebelum mati
Majoriti tiada simpanan cukup walaupun bergaji besar, rumah besar, kereta mewah.
Tahap kewangan mereka sebenarnya "kais sebulan makan sebulan".
Bila hilang punca pendapatan, kereta kena tarik, rumah kena sita.
✅ Pengajaran #2: Kewangan soal "survival", bukan untuk bergaya
Inilah perubahan mindset paling penting.
Kewangan bukan untuk menunjuk kaya, tapi untuk bertahan bila musibah datang.
Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya.
✅ Pengajaran #3: Tanpa matlamat jelas, kekayaan pasti bocor
Bila matlamat tak jelas, berapa besar gaji pun kita tak fikir nak menabung.
Yang ada cuma fikir nak belanja, belanja, belanja, sebab bulan depan dapat gaji lagi.
Akaun bank jadi sekadar tempat "transit" sebelum duit masuk ke tabung kekayaan orang lain.
✅ Pengajaran #4: Matlamat besar buat kita lebih berdisiplin
Bila mentor saya rasa nak tukar kereta baru, hati berbisik, "Kereta ini boleh pakai lagi."
Bila teringin melancong jauh, "Melancong dekat-dekat sudahlah."
Sebab matlamatnya jelas: cukupkan 6 bulan gaji, 1 tahun gaji, dan RM1 juta dulu.
✅ Pengajaran #5: Langkah pertama RM1 juta, tetapkan matlamat hari ini
Mentor saya mula dengan gaji RM1,750, isteri suri rumah, 5 hutang, tinggal di KL.
Dikategorikan "miskin bandar". Tapi dalam 4 tahun, bebas semua hutang negatif.
Rahsianya bukan gaji besar. Tapi matlamat yang jelas dan disiplin menyimpan.
Kekayaan bukan tentang berapa besar pendapatan, tapi berapa banyak simpanan. Gaji besar tak buat kita kaya kalau simpanan tak bertambah.
Dan emas adalah salah satu cara terbaik bina simpanan yang tak mudah bocor, sebab bila duit dah jadi emas, naluri kita berubah daripada "belanja" kepada "kumpul".