"Emas Public Gold mahal sebab kena bayar komisyen ejen. Emas bank tak ada ejen, sebab tu murah."

Nampak logik, kan?

Tapi cuba fikir balik, kalau emas bank betul-betul lebih murah dan lebih untung, kenapa lebih 2 juta penyimpan emas fizikal di Malaysia tetap ulang beli dengan Public Gold, bertahun-tahun?

Ini antara perkara penting yang saya belajar daripada perkongsian mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, penyimpan emas tegar sejak 2010, yang dah bimbing lebih berjuta penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

✅ Sebab #1: Public Gold beli emas direct daripada kilang, bukan jual emas orang lain

Public Gold itu sendiri kilang emas. Proses sendiri, buat sendiri, hingga emas sampai ke tangan kita. Core bisnes mereka memang emas.

Bank? Emas bukan core bisnes. Mereka ambil emas orang lain, jual emas orang lain. Beli direct daripada pengilang tak akan sama dengan beli "tangan ketiga".

✅ Sebab #2: Harga murah di skrin tak sama dengan kos keseluruhan murah

Sesiapa pun boleh publish harga murah di skrin. Tapi yang menentukan kos sebenar ialah proses A sampai Z, dari mula beli, dapatkan emas fizikal, hinggalah jual balik.

Murah di skrin tapi proses renyah, syarat ketat, dan susah jual balik? Akhirnya yang kita bayar tetap mahal.

✅ Sebab #3: Public Gold beli balik emas, walaupun calar, bengkok, kemek, putus

Inilah yang ramai tak fikir masa beli. Beli senang, tapi masa nak jual balik baru tahu siapa kawan sebenar.

Public Gold tetap beli balik emas keluarannya pada harga tinggi, tanpa perlu resit asal, tanpa limit jumlah. Nak keluarkan 0.5 gram dari akaun GAP pun boleh. Tak cerewet.

✅ Sebab #4: Harga telus, tiada caj "conversion" yang merepek

Harga yang terpapar di web atau aplikasi, itulah harga yang kita bayar. Sebab harga yang PG publish memang harga emas fizikal, bukan harga emas digital yang nanti kena tambah caj tukar jadi fizikal.

Telus dari mula sampai akhir. Tiada kejutan tersembunyi.

✅ Sebab #5: Yang paling mahal bukan emas, tapi ilmu dan bimbingan yang percuma

Bila dapat dealer Public Gold yang berilmu, kita dapat lebih daripada sekadar emas: bimbingan percuma, akses ke komuniti penyimpan emas yang dah berjaya, seminar dan webinar kewangan, dan bantuan selesaikan masalah transaksi, semua tanpa bayar satu sen.

99.99% dealer PG asalnya penyimpan emas tegar. Mereka bukan salesman.

Tak macam ejen jual kereta yang pakai kereta jenama lain, dealer PG sendiri simpan emas dengan PG.

Kalau sekadar nak beli emas, boleh beli di mana-mana. Tapi kalau nak kaya dengan emas, beli dengan Public Gold.

Sebab emas bukan sekadar nombor di skrin, ia alat untuk ubah disiplin kewangan dan bina kekayaan sebenar.

Kongsikan di komen, Anda pernah tak beli emas tempat lain, lepas tu akhirnya datang balik ke Public Gold? 👇