Kebanyakan syarikat ditubuhkan untuk satu matlamat, buat duit.
Tapi Public Gold ditubuhkan atas niat yang berbeza, nak selamatkan kekayaan masyarakat, dan elakkan mereka jatuh lingkup dalam pelaburan.
Niat ni datang daripada pengalaman pahit founder sendiri, Dato' Wira Louis Ng.
Ini perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang berkongsi catatan founder Public Gold.
✅ Sebab #1: Founder pernah saksikan ramai orang hilang segala-galanya dalam trading
Sebelum tubuhkan Public Gold, Dato' Wira Louis Ng bekerja sebagai remisier (broker saham) dari 1995 hingga 2005. Sepanjang 10 tahun tu, dia tengok terlalu ramai client hilang duit titik peluh mereka.
✅ Sebab #2: Leverage tinggi bermaksud peluang menang hampir sifar
Bukan saham sahaja. Founder percaya nasib sama menimpa trader forex (leverage sampai 30X) dan komoditi (13X). Majoritinya kalah. Rugi besar.
✅ Sebab #3: Konsep sebenar, beli emas fizikal, ambil, simpan, lupakan
Inilah falsafah teras Public Gold. Beli emas fizikal. Ambil emas tu (1:1, tanpa pinjam, tanpa leverage). Simpan. Dan lupakan.
✅ Sebab #4: Trading buat hidup tak tenang, sampai terjaga tengah malam
Founder kongsi dari pengalaman peribadi. Bila terlibat trading dengan duit besar (lebih-lebih lagi duit pinjam), fikiran sentiasa risau.
✅ Sebab #5: Kesannya bukan pada duit sahaja, tapi kerja, emosi, dan keluarga
Inilah yang ramai tak nampak. Hidup dalam tekanan trading bukan setakat rugi duit.
Selepas lebih 16 tahun dalam emas fizikal, prinsip ni tak pernah berubah. Sebab matlamatnya bukan buat orang kaya cepat, tapi pastikan kekayaan mereka selamat dan hidup mereka tenang.
Macam pesan founder sendiri: Selamatkan keluarga, beli emas. Bantu negara, simpan emas. Ikut agama, gunakan emas.