"Akaun GAP ni emas digital ke?"
Soalan yang selalu ditanya. Dan jawapannya, bukan.
Sejak hari pertama Public Gold ditubuhkan, prinsip founder jelas: "Beli emas, mesti dapat emas."
Ini perkara penting yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, sebab ramai keliru, akhirnya tertipu dengan istilah yang sedap didengar.
✅ Beza #1: GAP wujud untuk bantu Anda MILIKI emas fizikal, bukan main nombor
Akaun GAP dicipta untuk dua golongan, yang belum yakin simpan emas sendiri, dan yang bajet belum cukup beli seketul besar.
Tujuannya satu: memudahkan masyarakat kumpul dan miliki emas fizikal.
✅ Beza #2: Modal RM100 pun boleh mula, emas tetap fizikal
Nak beli 1 dinar tapi duit cuma RM300? Selalunya duit habis dulu sebelum cukup. Duit habis, emas pun tak ada.
✅ Beza #3: Public Gold GALAKKAN Anda keluarkan emas fizikal
Inilah ujian paling jelas.
Public Gold sebenarnya lebih suka Anda keluarkan emas dari GAP dan simpan sendiri, bukan timbun berkilo dalam akaun.
✅ Beza #4: Jangan mudah termakan istilah "bersandarkan emas fizikal"
Ramai syarikat emas digital dakwa produk mereka "bersandarkan emas fizikal". Jangan mudah percaya. Daripada sekadar "bersandarkan", lebih baik dapatkan emas fizikal tu terus.
Cara nak uji telus atau tidak: cuba keluarkan emas fizikal.
✅ Beza #5: Sejarah emas penuh skandal, "atas angin" memang resipi penipuan
Emas penuh dengan skandal penipuan sejak ratusan tahun, peringkat individu, institusi, malah kerajaan.
Orang yang "beli emas dapat emas" pun ada yang kena tipu. Inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak.
Skim cepat kaya bertopengkan emas selalu guna formula sama, beli emas, tapi tak perlu keluarkan fizikal "kononnya lebih untung".
Jadi kalau ada yang tawarkan emas yang Anda tak boleh pegang, berhenti dan fikir dulu. Sebab emas yang sebenar ialah emas yang boleh Anda keluarkan, pegang, dan simpan sendiri.
GAP bukan emas digital. Ia jambatan untuk Anda miliki emas fizikal, dengan modal kecil, cara mudah.