"Call Public Gold berkali-kali, tak pernah berjawab. Bila WhatsApp, tak membantu langsung!"

Inilah keluhan biasa customer Public Gold yang daftar tanpa introducer.

Padahal masalah macam ni mudah sahaja diselesaikan, kalau ada dealer terlatih.

Ini perkara penting yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, ramai salah faham sistem Public Gold, dan akhirnya stress sendiri.

✅ Kerugian #1: Public Gold tiada Customer Service Department

Ramai ingat Public Gold sama macam syarikat lain, ada masalah, call customer service. Hakikatnya, sejak 2021 nombor telefon branch pun dah tak ada di website.

Dengan customer base melebihi 1.5 juta orang, sistem lama tak lagi sesuai. Sama macam e-commerce besar lain, semuanya sistem dan robot yang jawab.

✅ Kerugian #2: Tiada "human-touch", kena selesaikan masalah sendirian

Inilah yang buat ramai stress. Tanpa introducer, bila ada masalah transaksi, Anda terpaksa fikir dan settle sendiri.

Peranan customer service di Public Gold diserahkan 100% kepada dealer, bukan staff. PG bayar insentif kepada dealer supaya merekalah jadi "hotline" untuk penyimpan emas mereka.

✅ Kerugian #3: Terlepas "hotline" 24 jam yang sepatutnya percuma

Dealer terlatih berperanan sebagai hotline peribadi, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ada masalah transaksi? Contact dealer. Tak perlu call PG, tak perlu pergi branch.

Sebab dealer lebih kenal penyimpan emas di bawah mereka. Daftar tanpa dealer, Anda terlepas kemudahan ini sepenuhnya.

✅ Kerugian #4: Bila terdesak, kena bayar dealer lain untuk tolong

Kalau langsung tiada introducer yang boleh bantu, Anda terpaksa minta ihsan dealer aktif lain. Dan khidmat tu tak percuma, selalunya dealer caj sekitar RM20 untuk tolong customer yang bukan di bawah mereka.

Memang yuran tu berbaloi, jimat duit, jimat masa, jimat emosi. Tapi kenapa nak bayar, kalau dari awal boleh daftar dengan dealer terlatih percuma?

✅ Kerugian #5: Terlepas ilmu dan bimbingan yang tak ternilai

Inilah kerugian paling besar yang ramai tak nampak. Harga emas Anda bayar sama sahaja, sama ada ada dealer atau tidak.

Tapi dengan dealer terlatih, Anda bukan sahaja dapat free customer service. Anda dapat ilmu, bimbingan, akses komuniti penyimpan emas berjaya, semua tanpa bayar satu sen.

Daftar Public Gold melalui dealer, Anda bayar harga sama, tapi dapat lebih banyak. Daftar tanpa introducer, bila ada masalah, kena selesaikan sendiri, atau kena bayar baru dapat bantuan.

Sebab dalam Public Gold, dealer yang betul bukan tukang jual, tapi tempat Anda bersandar bila perlu.

Kongsikan di komen, Anda dah ada dealer terlatih yang Anda boleh hubungi bila ada masalah? 👇