Kesilapan paling biasa orang baru, beli barang kemas ingat itu pelaburan.
Padahal spread barang kemas cecah 25% hingga 40%. Itu bukan pelaburan. Itu kerugian berbalut perhiasan.
Tapi walaupun beli gold bar atau dinar, bukan semua sesuai untuk pelaburan.
Ini perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, jangan nilai emas satu kriteria sahaja, nilai SECARA PAKEJ. Macam nak pilih calon isteri, bukan tengok cantik sahaja.
✅ Kriteria #1: Harga rendah, tapi kira kos keseluruhan, bukan harga skrin
Banding harga per gram dengan beberapa pengeluar emas fizikal. Tapi ingat, harga di skrin selalunya bukan harga sebenar.
Tambah kos upah, premium, SST kalau ada, caj pos, malah kos petrol dan tol nak ambil emas.
✅ Kriteria #2: Spread rendah, penentu berapa cepat Anda untung
Spread ialah beza "harga Jual" dan "harga Beli" semasa, macam money changer. Spread emas pelaburan yang baik mestilah 10% dan ke bawah.
Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar untung bila harga emas naik.
✅ Kriteria #3: Stok tiada had, terutama bila harga jatuh mendadak
Inilah ujian sebenar. Ramai pengeluar boleh jual masa harga tinggi. Tapi bila harga jatuh, alasan standard keluar: "tak ada stok".
Padahal waktu harga rendah itulah masa terbaik nak beli banyak.
✅ Kriteria #4: Cawangan banyak, senang beli, senang jual balik
Harga cantik, spread nipis, stok ada, tapi kalau kena memandu 100km nak ambil emas, tak berbaloi. Kos petrol, tol, dan masa naikkan kos sebenar memiliki emas.
Jangan terlalu bergantung pada ejen pula, ramai ejen boleh jual, tapi tak cukup modal nak beli balik.
✅ Kriteria #5: Syarat jual balik tak cerewet, ini yang buat ramai menangis
Inilah kriteria paling penting yang ramai terlepas pandang. Ada pengeluar tak beli balik kalau hilang resit. Ada yang potong banyak kalau seal terbuka.
Bank paling cerewet, ramai tak beli balik langsung bila Anda dah keluarkan emas fizikal.
Pernah ada kes, pembeli beli emas RM2 juta sebab "paling murah". Dua tahun kemudian nak jual balik, supplier tak beli. Terpaksa jual ke kedai emas dengan spread 25%. Rugi besar.
Sebab tu, jangan tengok satu kriteria sahaja. Nilai secara pakej. Harga paling murah belum tentu paling untung. Selalunya yang murah masa beli, murah jugak masa jual.