Bila orang tanya, "Mana lebih bagus, emas Public Gold atau emas jenama lain?"

Jawapannya bukan sebab nama. Bukan sebab logo.

Tapi sebab bila dinilai secara PAKEJ, dari mula beli, sampai nak jual balik, Public Gold paling senang beli, senang jual, untung maksimum, dan telus.

Ini antara perkara yang saya belajar daripada mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang dah perhati pasaran emas sejak 2010. Daripada 10 kelebihan yang dia senaraikan, ini 5 yang paling memberi kesan.

✅ Kelebihan #1: Spread terendah di pasaran, 6% hingga 9% sahaja

Spread (susut nilai) inilah penentu untung maksimum dalam emas. Lagi rendah spread, lagi cepat Anda untung.

Sebab tu pembeli emas PG antara yang paling aktif jual beli di Malaysia. Harga naik sikit jer dah boleh ambil untung, tak perlu tunggu bertahun.

✅ Kelebihan #2: Jamin beli balik, walaupun emas calar, kemek, bengkok, hilang resit

Inilah yang buat penyimpan emas PG paling peace of mind. Janji berat masih kekal, Public Gold tetap beli balik pada harga tinggi.

Bandingkan dengan tempat lain, calar sikit dah jatuh nilai, hilang resit dah lain harga, buka seal terus dikira "emas terpakai" dan potong sampai 25%. Di PG? Hilang sijil ketulenan pun cuma tolak RM10.

✅ Kelebihan #3: Mampu beli balik dalam jumlah besar, tanpa masalah bayaran

Banyak syarikat boleh jual emas. Tapi tak ramai yang mampu beli balik bila Anda nak cash dalam jumlah besar.

Ada syarikat, nak jual balik RM100,000 pun dah tersekat bayaran. Public Gold? Mampu beli balik bernilai jutaan ringgit sehari sejak 2008, tanpa sebarang isu.

✅ Kelebihan #4: Diterima meluas oleh Ar-Rahnu seluruh Malaysia

Bila perlu duit untuk rolling modal tapi tak nak jual emas, pajak sahaja. Emas PG diterima hampir semua institusi ar-rahnu termasuk Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Maknanya emas Anda bukan sekadar simpanan beku. Ia aset cair yang boleh jadi duit on the spot bila-bila masa.

✅ Kelebihan #5: Patuh syariah, disahkan pakar muamalat ternama dunia

Jual beli emas PG telah disahkan patuh syariah oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Setiap gold bar dan dinar pula disertakan sijil ketulenan yang disahkan assayer bebas. Tenang dari segi agama, tenang dari segi ketulenan.

Bila nak beli emas, jangan nilai satu kriteria sahaja. Nilai secara PAKEJ, sebab emas yang nampak murah di skrin belum tentu yang paling untung bila tiba masa nak jual balik.

Sebab kekayaan emas bukan masa beli, tapi masa Anda nak cairkannya semula.

Kongsikan di komen, antara 5 kelebihan ni, mana paling penting untuk Anda: untung maksimum, senang jual balik, atau ketenangan syariah? 👇