Perkongsian guru emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.
“Pengalaman saya dipenjarakan 2 tahun di bawah SOSMA (2018-2020) menyebabkan semua akaun bank dibekukan. Emas fizikallah yang menyelamatkan isteri dan 8 anak saya.”
Tn Mohd Zulkifli Shafie · Pengasas G100 NetworkRamai orang menyangka duit di bank 100% milik mereka. Hakikatnya, pengeluaran wang di bank tertakluk pada kuasa bank dan kerajaan.
Kisah benar ini membuka mata kita tentang kepentingan aset luar sistem kewangan:
✅ Pesanan #1: Duit Di Bank Boleh Disekat Dan Dibekukan Sekelip Mata
Kes pembekuan akaun bank di bawah AMLA atau krisis perbankan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun kita tidak bersalah.
✅ Pesanan #2: Semua Harta Tercatat Dalam Sistem Kewangan Awam
Hartanah, saham, dan akaun bank direkodkan dengan jelas dalam sistem negara dan boleh dibekukan dengan satu perintah mahkamah.
Sebelum melangkah lebih jauh, ada baiknya anda semak kadar belian semula emas dahulu supaya gambaran anda lebih jelas.
✅ Pesanan #3: Emas Fizikal Adalah Pengecualian Kerana Tiada Dalam Sistem
Emas fizikal yang disimpan sendiri tidak diketahui jumlah dan lokasinya oleh sesiapa. Ia adalah aset peribadi penuh privasi.
✅ Pesanan #4: Keluarga Mampu Bertahan Hasil Jualan Emas Fizikal
Sepanjang 2 tahun akaun bank dibekukan, isteri Tuan Zul menjual sebahagian simpanan emas fizikal yang dikumpul sejak 2010 untuk membiayai nafkah keluarga.
✅ Pesanan #5: Pakar Azizi Ali Sarankan 10% - 15% Kekayaan Dalam Emas
Setiap keluarga wajib ada rizab emas fizikal sebagai persediaan luar jangka jika sistem perbankan utama lumpuh.
📌 Kesimpulan
Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul perbankan. Sediakan benteng emas fizikal di tangan sendiri.
Mulakan simpanan benteng kecemasan emas fizikal keluarga anda hari ini.
Kongsikan di komen. Mana tahu ia memberi semangat kepada orang lain juga! 👇
Kalau anda mahu terus melihat perkara ini dalam angka sebenar, 4 langkah mula simpan emas ada di laman ini dan sentiasa saya kemas kini.