Kewangan

Nak Terus Melabur Tanpa Dana Kecemasan Dulu? Sembang Dua Sahabat

Dua kawan sembang dalam kereta balik kerja.

Taufik Bin Musa
Taufik Bin Musa
Sembang dua sahabat nak terus melabur tanpa dana kecemasan dulu

Dua kawan sembang dalam kereta balik kerja.

Imran
Bro, aku tengah nak start melabur. Tapi ramai kata kena ada dana kecemasan dulu.
Shah
Kau dah ada simpanan tunai berapa setakat ni?
Imran
Tu la, takde lagi. Aku terus nak masuk emas, sebab nampak menguntungkan.
Shah
Sabar dulu. Sebelum beli emas, pastikan ada dana kecemasan dulu. Sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.
Imran
Kenapa pulak kena tunggu tu?
Shah
Sebab kalau kau takde simpanan tunai, pastu harga emas turun, kau panik. Sebab tu satu-satunya simpanan kau.
Imran
Ooo. Tapi kalau dah ada dana kecemasan?
Shah
Kalau dah ada, harga emas turun banyak mana pun kau senyum je. Sebab kau bukan nak guna duit tu.
Imran
Betul jugak. Kereta masuk workshop tiba-tiba pun aku dah ready.
Shah
Ha ah. Tu sebab ada buffer. Tak payah jual emas masa harga tengah rendah.
Imran
Tapi orang kata kena 6 bulan baru selamat?
Shah
Untuk penyimpan emas, 3 bulan dah memadai. Sebab emas tu pun duit tunai jugak.
Imran
Maksud kau emas senang cair?
Shah
Ha ah. Bila perlu, boleh jual atau pajak, dapat tunai on the spot. Bukan macam hartanah yang lambat nak jual.
Imran
Tapi aku belum cukup 3 bulan ni. Maknanya belum boleh start emas la?
Shah
Boleh mula tabiat dulu dengan bajet kecil. RM100 sebulan. Sambil tu cukupkan dana kecemasan.
Imran
Bro, baru aku faham urutannya.
Shah
Tu la. Dana kecemasan dulu, baru labur selebihnya. Tapi tabiat emas boleh start awal.
Ada tak "Imran" lain kat sini? Yang nak terus masuk pelaburan tanpa sediakan dana kecemasan dulu?
Taufik Bin Musa

Taufik Bin Musa

Dealer Public Gold | PG00359605 | G100 Network

Saya merupakan sebahagian daripada dealer dan committee di G100 Network, rangkaian dealer terbesar di Malaysia yang membimbing lebih 1.2 juta penyimpan emas.

Bina aset emas anda melalui Akaun GAP:

Mula serendah RM100. Tanpa komitmen bulanan
Transaksi selamat direct di official Apps Public Gold
Diakui patuh syariah sepenuhnya
Emas disimpan selamat oleh Public Gold tanpa caj tambahan
Ada pilihan untuk tukar gram emas dalam akaun menjadi item emas fizikal pelbagai size. Boleh ambil di cawangan, pos berinsurans ke rumah atau keluarkan di ATM emas seluruh Malaysia
Tiada yuran pendaftaran, tiada caj dealer dan tiada paksaan

Semua urus niaga dibuat terus bersama Public Gold, syarikat emas terbesar Malaysia sejak 2008.

Tugas Dealer hanya menjadi pemudahcara urusniaga di Public Gold dan berkongsi ilmu emas yang praktikal, InsyaAllah.

Ini ialah website personal saya.

Jemput juga ke Website Rasmi Dealer G100 saya di pg2u.my/taufikmusa ↗

Artikel ini berguna? Kongsikan 👇

WhatsApp Facebook X Telegram

Bina Dana Kecemasan Dulu

Klik "WhatsApp" di bawah. Saya bantu Anda mulakan langkah pertama.

Artikel ini berguna? Kongsikan 👇

WhatsApp Facebook X Telegram