Berita pesara lebur duit simpanan RM542,000 gara-gara pelaburan memang sangat menyedihkan.
Kumpul duit titik peluh selama 30 tahun, tapi lesap sekelip mata dalam masa tak sampai 3 tahun.
Ramai fikir pelaburan adalah jalan pintas nak kaya cepat bila ada duit di tangan.
✅ Prinsip #1: Rugi dalam tangan, untung belum tentu
Dalam pelaburan, risiko kerugian sentiasa ada depan mata tapi keuntungan hanyalah kebarangkalian.
✅ Prinsip #2: Melabur tanpa ilmu jalan pintas leburkan duit
Jangan mudah serahkan duit ke dalam platform atau instrumen yang kita tak faham hujung pangkal.
✅ Prinsip #3: Awas janji pulangan lebih 15% setahun
Berdasarkan panduan pakar kewangan, pelaburan yang berikan untung lebih 15% setahun hampir pasti adalah scam.
✅ Prinsip #4: Pelaburan bukan tempat untuk cari duit lebih
Ramai guna jalan pelaburan bila terdesak nak duit, walhal pelaburan adalah untuk mereka yang ada duit lebihan.
✅ Prinsip #5: Penting untuk kaya, tapi lebih penting elak jatuh miskin
Majoriti orang sebenarnya akan jauh lebih kaya jika mereka simpan duit sahaja dan tak melabur.
Miskin masa muda itu pengalaman yang mahal, tapi miskin di usia tua itu ibarat penjara kehidupan.
Bina tabungan kecemasan yang kebal dari penipuan scammer sebelum berangan nak masuk ke dunia pelaburan.