Pergi Haji atau Umrah adalah impian hampir setiap Muslim.

Tapi ramai yang tangguh-tangguh sebab rasa "belum cukup duit" atau "nanti-nantilah bila ada rezeki lebih."

Hakikatnya, rezeki lebih tu tak akan datang sendiri kalau tak ada sistem simpanan yang betul dari sekarang.

❤️ Langkah #1: Tetapkan Sasaran Kos Dengan Jelas

Langkah pertama yang ramai skip, tetapkan nombor yang jelas.

Bila ada nombor sasaran, otak kita mula cari jalan untuk capai. Tanpa nombor, impian tu akan kekal sebagai impian.

❤️ Langkah #2: Daftar Tabung Haji Sekarang Kalau Belum

Ini asas yang wajib ada. Daftar Tabung Haji dengan deposit minimum RM1,300, dan nama Anda dah masuk dalam senarai.

Tapi Tabung Haji sahaja tidak cukup untuk cover semua kos perjalanan dan perbelanjaan di sana. Perlu ada simpanan tambahan yang berkembang selari.

❤️ Langkah #3: Simpan Dalam Aset Yang Nilainya Naik Seiring Kos Umrah & Haji

Ini yang paling ramai tak terfikir. Kos Umrah dan Haji naik setiap tahun, sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga emas dan nilai matawang. Bila Anda simpan dalam emas fizikal melalui akaun GAP, nilai simpanan Anda naik seiring dengan kenaikan kos perjalanan.

Berbeza dengan simpan dalam duit tunai yang nilainya menyusut setiap tahun akibat inflasi:

2010
~RM130/gram
2020
~RM270/gram
2024
~RM400/gram
2026
~RM650/gram

Wang yang Anda simpan hari ini dalam emas, nilainya akan jauh lebih tinggi 5–10 tahun akan datang.

❤️ Langkah #4: Pecahkan Sasaran Kepada Jumlah Bulanan Yang Mampu

Bila dipecahkan kepada jumlah bulanan, tiba-tiba rasa boleh dicapai. Bukan lagi angka besar yang menakutkan.

Asingkan jumlah tu terus ke dalam akaun emas GAP sebaik gaji masuk, sebelum sempat dibelanjakan ke tempat lain.

❤️ Langkah #5: Jadikan Ia Niat & Komitmen Bersama Keluarga

Impian Haji dan Umrah lagi kuat bila ia menjadi matlamat bersama, bukan keputusan sorang-sorang.

Duduk bersama pasangan. Tetapkan sasaran. Komit bersama untuk asingkan jumlah tetap setiap bulan.

Bila ada accountability sesama pasangan, jauh lebih susah untuk "lupa" atau "skip bulan ni."

Impian Haji atau Umrah Anda, berapa tahun lagi nak capai?

Kongsikan di komen, mana tahu cerita Anda boleh inspire orang lain untuk mula merancang! 👇

Ramai yang mula serius merancang perjalanan Haji dan Umrah selepas faham bahawa simpanan emas GAP boleh membantu nilai simpanan mereka berkembang seiring kenaikan kos perjalanan. Langkah pertama yang paling mudah, mulakan dengan RM100 sebulan dalam akaun GAP hari ini.