Soalan yang biasa ditanya oleh penyimpan baru, "Boleh ke kalau saya simpan sahaja emas dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkannya?"
Jawapannya boleh, langsung tiada masalah.
Tetapi sebelum anda buat keputusan, fahami dahulu konsep sebenar akaun emas GAP ini.
✅ Perkara #1: Akaun GAP adalah tempat kumpul gram emas percuma tanpa yuran simpanan
Simpanan dalam akaun GAP tiada had masa dan tiada sebarang caj pengurusan dikenakan.
Konsepnya sama seperti akaun bank, cuma bezanya baki simpanan anda disimpan dalam bentuk gram emas tulen 999.9.
✅ Perkara #2: Emas fizikal di tangan memegang nilai kekayaan sebenar
Akaun GAP membolehkan anda jual semula atau buat Ar-Rahnu secara online pada bila-bila masa.
Tetapi matlamat utama akaun GAP dicipta adalah sebagai platform kumpul gram sebelum dikeluarkan jadi emas fizikal.
✅ Perkara #3: Fleksibel untuk dikeluarkan sekecil 1 gram hingga 1 kilogram
Anda tak perlu tunggu ada bajet berpuluh ribu ringgit untuk memiliki gold bar bersaiz besar secara sekaligus.
Menabung sikit-sikit secara konsisten dalam akaun GAP sehingga jumlah gram yang diingini mencukupi.
Simpanan emas akan betul-betul memelihara kekayaan apabila anda fokus kumpul gram dan ada matlamat jangka panjang.
Elakkan kesilapan amatur supaya setiap gram yang anda kumpul memberi ketenangan kewangan.