Simpanan Emas Bukan Nombor Biasa
Akaun Emas GAP adalah akaun emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.
Gram emas yang dibeli akan disimpan oleh Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj simpanan. Setiap kali buat pembelian emas, jumlah gram emas akan bertambah dan terkumpul di dalam akaun GAP anda.
Anda boleh semak jumlah simpanan emas bila-bila masa secara online melalui website atau aplikasi Public Gold.
Mudah, Selamat, Fleksibel.
Modal Mampu Milik
Boleh mula serendah RM100. Nak tambah RM100 bulan depan pun boleh, ikut kemampuan anda.
Tiada Komitmen Bulanan
Tak wajib beli setiap bulan. Akaun kekal aktif selagi ada baki emas dalam simpanan.
Simpanan Percuma
Tiada yuran tahunan, tiada caj simpanan. Public Gold jaga emas anda secara PERCUMA.
Urusniaga 24 Jam
Beli, jual, semak baki, semua boleh dibuat dalam app 24 jam sehari, 365 hari setahun.
Untuk Semua Peringkat Umur
Dari bayi baru lahir (GAP Junior) hingga warga emas, semua boleh ada akaun emas sendiri.
Boleh Dijadikan Cagaran
Emas dalam akaun GAP boleh digadaikan melalui Ar-Rahnu KDE bila ada keperluan mendesak.
Pelbagai Pilihan Emas Fizikal
Terdapat pelbagai jenis emas fizikal (goldbar atau dinar) yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP apabila gram mencukupi:
hingga 1,000 gram
hingga 10 Dinar
Anda boleh keluarkan mana-mana emas fizikal yang anda mahu apabila jumlah gram telah mencukupi. Jika tidak mahu pegang emas fizikal, biarkan sahaja di dalam akaun, ia kekal selamat.
3 Cara Keluarkan Emas
π Pos Terus ke Rumah (GIT)
Sesuai untuk emas bawah 21.25g atau 5 Dinar. Dihantar dengan insurans terus ke alamat anda.
Caj: RM10 (Min) β RM35 (Max)π Tuntut di Cawangan
Untuk emas 50g ke atas atau 10 Dinar. Hadir ke cawangan Public Gold berdekatan dengan temujanji.
Bayar Premium Sahajaπ§ Mesin Gold ATM
Untuk item kecil (0.5gβ5g). Boleh gunakan mesin Gold ATM di lokasi tertentu.
Caj: RM15βRM25"Tips: Keluarkan sedikit emas fizikal sekali-sekala. Bila pegang sendiri, semangat nak menabung tu lain macam!"